Wednesday, July 28, 2010

Ia Mengajar Kita Thabat

"البحر و الشاطئ يعلماننا الثبات"

Maka hati berkata.. Bila melihat laut dan pantai

Memang indah.. Dan mengharukan..

Indah di mata kita dengan kehebatan… Mengharukan hati bila menyadari bahwa pantai dan lautan itu sedang berkata-kata , sedang memberikan tanda besar.

Berapa ramai dari kita menyedari dari pantai dan lautan itu ada pengajaran besar.. Sungguh ia pengajaran berharga..

"Pantai dan lautan penuh dengan ‘kethabatan’."

Thabat darat dengan lautan biru

Thabat buihnya mengamankan pepasir pantai…

Begitulah seorang pejuang dengan perjuangannya.

Seorang da’ei dengan dakwahnya..

Thabat dengan sahabat-sahabat juangnya…

Bagaikan lautan yang takkan terpisah dari pantai membiru..

Tuesday, July 27, 2010

Tadabbur


"Dan jika kita melihat laut dan pantai.
Jika kita melihat malam dan bulan.
Jika kita merasai panas dan tahu adanya matahari."

Mungkin itulah 'jika-jika' yang boleh kita timbulkan sewaktu mentadabbur alam. Terkadang bila kita disuruh untuk mentadabbur malam, mentadabbur pantai dan manusia, kita tersekat-sekat dan tidak tahu bagaimana memulakan. Mungkin hati kita tidak mampu mentadabbur, barangkali buta.

وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِلْمُوقِنِينَ * وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ * وَفِي السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ

"Dan pada bumi itu sebagai tanda-tanda bagi mereka yang yakin, dan pada diri kamu itu, apakah kamu tidak melihatnya, dan pada langit yang padanya rezeki dan apa yang telah dijanjikan untuk kamu,"(Azzariyaat:20-22)

Sedangkan mentadabbur alam itu adalah hal yang dituntut daripada setiap du'at. Du'at harus punyai hati seni untuk mentadabbur. Du'at harus punya hati yang lembut. Kerana hati yang seni dan lembut itulah akan melahirkan lafaz-lafaz yang menggugah. Lafaz-lafaz yang ikhlas. lafaz yang akan menusuk sekalian hati mad'uu. Seperti pepatah Arab..

"Lafaz dari hati tidak memerlukan keizinan pun dari hati yang lain untuk memasukinya."

Begitulah muntalaq hati. Muntalaq hati yang seni dan lembut akan senang mentadabbur. Dan bila kita asyik mentadabbur alam. Nescaya, hati akan cair... Hati akan jadi lembut.. Hati akan jadi tidak ngilu bila diperkotak-katikkan, bila dihunjam kata-kata pedih.

Makanya,

Bait 'jika-jika' yang ada di satar-satar rangkap pertama. Apakah kalimah yang terdetik di hati anda? Pernah melihat malam bukan? Apa yang pernah malam beritahu kita? Apa yang pernah lautan dan pantai beritahu kita?