Wednesday, May 14, 2008

Hiba Yang Terpaksa


Buku ini bicara tentang Sekular dan Demokrasi. Perlu dihadami. Syeikh imtihan syeikh!!

Nampaknya, saya terpaksa berhenti menulis entri.
mungkin dalam sebulan. Dalam masa itu saya akan
terus '40' dan membaca. Peperiksaan juga sudah datang,
saya perlu bersiap siaga. Syafawi baru-baru ini juga tenat,
tenat yang jadi pemangkin semangat. Jadi, aloha, dan
sayonara. Moga jumpa lagi, see you all around.

sincerelly your buddy,
Zahid Naser

Sunday, May 11, 2008

“Kami Sayang Mak Kami Hari-Hari”


Saya yang paling kecil dalam gambar ini(baby lagi) sedang didukung oleh Mak. Mak saya yang dicintai Norizan Bt Abdullah,
Minah Salleh tu Unt Helen she is Canadian. Last Year jumpa dia kata " You have grown and handsome like Naser".

Seorang Melayu yang tipikal akan beria-ria menyambut Hari ibu secara besar-besaran, paling kurang SMS akan dihantar kepada ibu-ibu di hari ‘bersejarah’ itu dan yang paling keterlaluan ialah memberi sebuah banglo. Tetapi saya mungkin bukan dari kalangan Melayu tipikal Malaysia. Saya Melayu ‘special’.


Sejarah atau Hari Ibu mengundang polemik di kalangan idealis agama(Deen oriented) samada dari kalangan salafi, sufi, atau haraki. Wujud di kalangan mereka ini mengikut kebiasaan dan gambaran mereka dengan kata-kata,


Alah, kami ikut aja. Dah semua sambut, kami pun sambutlah, lagipun kan baik boleh tunjuk rasa sayang kita pada diorang masa hari tu, mak kite pun tentu suke”.


Ada
pula kata,


We oppose this non-Islamic celebration


Dan pelbagai lagi. Adapun orang-orang awam yang tidak biasa kenal terminologi Salafi atau Bid’ah, mereka merasakan ianya seperti satu kemestian untuk menyambut hari Ibu. Seperti juga hari-hari yang lain. Valentine, Maulid, Hari Buruh dan macam-macam hari lagi yang ada di cakerawala ini. Rasanyalah, kalau dikira semua hari ‘istimewa’ ini di jadikan cuti awam alamat tidak bekerjalah manusia seantero bumi. Mereka ini seperti di awal tadi saya namakan sebagai orang Melayu atau awam yang tipikal.


Saya tidak mahu campur dalam isu ini. Cuma kepada mereka yang ada fikrah Islam dan benar-benar kaji ilmu-ilmunya. Ketika anda mempersembahkan satu-satu isu itu mestilah dengan penuh hikmah. Masyarakat awam yang tipikal sebenarnya boleh dibentuk kalau kena caranya. Anda juga mestilah sentiasa up-to date di dalam menerima pendapat dan mengkaji pendapat orang lain. Dan bila sudah mengkaji dan mem-banding-banding dan akhirnya anda sendiri yang memilih. Pilihan anda pendirian anda.

Ya, bagi sesiapa yang tidak tahu. Memang sebahagian ulama’ mengatakan menyambut hari Ibu ini adalah Bid’ah(jangan terkejut bagi mereka yang baru dengar, entah-entah bid’ah pun tidak pernah didengari). Dan di sana juga ada ulama’ yang mengatakan ianya bukan bid’ah. Kedua-kedua aliran ada alasan mereka masing-masing. Saya tidak mahu bercerita bab ini. Pergi cari sendiri dan bandingkanlah. Jika anda pembaca prihatin carilah. dan saya cadangkan laman web seperti al-ahkam.net dan buku karangan Hafiz Firdaus boleh memberi jawapan.

Cari sejarah hari-hari itu, cari sebab-sebab dan alasan yang berkaitan. Dan kemudian come-out dengan satu pegangan atau pendirian. Percayalah anda sudah menjadi seperti saya, anda telah berjaya meletakkan diri anda di satu tahap yang bukan lagi tipikal!!(angkat bakul masuk sendiri).


Cuma, selepas ini anda jangan pula gelabah jika ada orang yang tidak bersetuju dengan pendirian anda. Anda terima dengan perbincangan, bicara dan hati yang ikhlas dan terbuka. Percayalah anda akan dapat menerima kebenaran dan kebaikan.


Adapun pendirian saya… bukan tipikal dan saya kata loudly:


“Saya sayang, rindu, suka mak saya tiap-tiap hari. There are no days that I don’t love her!!!!"


Saya bangga dengan pendirian saya ini. Sayang ibu anda tiap-tiap hari!! macam saya.

Saturday, May 10, 2008

Naturei Karta bertemu Al-Qardhawi


Al-Qardhawi berbincang dengan Ahron Cohen dan Dovid Weiss
di rumah beliau di Doha, Qatar.




Di antara aktiviti-aktiviti yang aktif dilakukan oleh Naturei Karta ialah bertemu dengan pemimpin-pemimpin dunia Islam dari kalangan negarawan dan ulama-ulama Islam. Mereka berbincang dan berdialog bagi mencapai kata sepakat dan keamanan untuk umat Palestin.

Baru-baru ini seperti yang dilaporkan akhbar Gulf Times dan laman web rasmi kumpulan Ortodoks Yahudi itu, Naturei Karta melalui aktivisnya, Ahron Cohen dan Yisroel Dovid Weiss telah bertemu dengan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi bagi berbincang mengenai isu Palestin.

Cohen menyatakan Zionis dan agama Yahudi harus dibezakan. Zionis adalah satu gerakan politik yang telah mengeksploitasi dan menyesatkan orang-orang Yahudi mereka juga menurutnya telah meninggalkan kehidupan sebenar agama Yahudi dan semangatnya. Dia percaya polemic di timur tengah akan hilan apabila negara-negara berkuasa memecahkan negara Zionis itu.

“ Idea negara Yahudi itu hanyalah satu idea yang dibuat-buat bagi menyorokkan cara hidup Yahudi yang sebenar.” Tambahnya lagi,”Herzel adalah musuh sebenar Yahudi. Ajaran Taurat telah menyatakan Yahudi dilarang untuk memiliki negara. semua penganut Yahudi harus menolak eksistensi negara haram itu yang meconteng imej Yahudi!” Tegas Weiss lagi.

Tentang situasi terbaru di wilayah Palestin, Weiss dan Cohen telah menyalahkan Zionism sebagai punca korban yang berlaku di sana. “Hati kami berdarah di atas apa yang terjadi terhadap rakyat Palestin. Kita tahu Yahudi dan Muslim pernah hidup aman damai bagi beberapa abad, dan dunia Islam adalah seperti syurga bagi Yahudi yang datang dari Spanyol. Pada waktu tiada pun organisasi hak kemanusiaan. Akan tetapi, kita hidup aman tenteram.” Kata mereka.

Al-Qardhawi pula menyatakan orang-orang Islam tiada masalah dengan penganut-penganut Yahudi. Konflik Palestin yang utama ialah dengan gerakan Zionis. Beliau berharap Naturei Karta menjelaskan pendirian mereka kepada media Arab, supaya masyarakat tahu wujudnya segmen Yahudi yang menolak dan menentang entiti Zionis.”

Para Rabbi Yahudi dari Naturei Karta menggelarkan diri mereka sebagai Yahudi bukannya Zionis. Mereka juga menolak Israel di gelarkan sebagai ‘negara Yahudi’.

“Zionis telah mencuri kesemua simbol kita. Sekarang ini, mereka menamakan negara mereka itu sebagai negara Yahudi walaupun mereka sebenarnya bukannya Yahudi tulen. Kita tidak seharusnya silap meletakkan mereka sebagai wakil Yahudi.

sumber:

www.nkusa.org

Gulf Times(sumber asal)



Friday, May 9, 2008

Fahmi Huwaidi berbicara tentang Nakbah

Fahmi Huwaydi


Pelik, dan amat sarkas sekali. Bagaimana Gaza yang dibiarkan kelaparan dan kurang serba-serbi dan disekat. Tiba-tiba Israel yang diberi kemudahan gas. Pelik dan ganjil, dan lebih menyedihkan Negara Abou Houl ini menawarkan harga 3 kali lebih murah dari pasaran antarabangsa. “Kenapa perlu berikan subsidi kepada entiti tak bermaruah itu?” Respon ahli Parlimen Ikhwan Muslimin, Sabri Aamer. Kecewa mengambil tempat.

Fahmi Huwaydi menyifatkan ia sebagai satu lagi Nakbah pada tahun ini. Sebuah hadiah 'special' sempena hari ‘kemerdekaan’ Israel. Ini kerana ‘hadiah’ istimewa diberi di bulan kelahiran Israel. Kenyataan memalukan ini menimbulkan pelbagai keganjilan . Apa pun, itulah kenyataannya! Kenyataan yang Mesir susah benar diharapkan. Dan ini menurutnya lagi bukanlah Nihayatul Mataf semenjak 1948.


Hal demikian itu disebabkan ianya akan menjadi titik tolak kelahiran-kelahiran Nakbaat(kesedihan-kesedihan) yang lain!! Dan ianya mungkin akan lebih menggerikan lagi. Dan kekejaman akan berterusan berlaku. Kebongkakan Rejim Mesir dan Israel tidak mengenal erti halal dan haram. Tidak mengenal di mana kawan dan di mana musuh.


Dan hal itu telah pun menjadi kenyataan, hari di mana masuknya gas di Israel. Helikopternya telah membunuh empat jiwa di Gaza. Lebih menyedihkan, seorang daripada mereka mati disebabkan tiada ambulans yang boleh menyelamatkan. Tetapi itu adalah mustahil kerana ambulans Gaza mati gara-gara ketiadaan bahan api untuk menggerakkannya!! Minyak yang dirampas dari ‘hak’ mereka oleh Israel. Minyak yang digunakan untuk menghina mematikan kehidupan di Gaza


Selain itu,Al-Jazeera melaporkan pihak PBB melalui seksyen UNWRA tidak dapat mengedarkan bantuan untuk penduduk Gaza kerana kenderaan-kenderaan banyak yang tidak dapat bergerak kerana kekurangan petrol.


Fahmi Huwaydi menyeru(dan saya juga bersama beliau). Semua aktivis-aktivis republik dari kalangan ‘human right’ dan ahli-ahli Diwan Al-Sya’b yang mendakwa mereka berkempen untuk bangsa agar memberhentikan segera bekalan gas kepada negara haram Israel kerana kita sudah melihat natijah dari pelaksanaan itu. Natijahnya hanyalah jenayah!! Dan ini juga akan meraikan lagi kemaslahatan negara ini dan generasi akan datang. Juga ia akan memberikan satu jaminan untuk rakyat Palestin yang berhadapan kekejaman Daulah Ibrani haram itu.


*Fahmi Huwaidi seorang Mesir dan salah seorang editorial Al-Sharq Al-Awsat, penganalisis politik Mesir dan, aktivis keamanan, dan penulis isu-isu Palestin dan polemik Timur Tengah.

bacaan lain:

Islam Online




Thursday, May 8, 2008

Jangan Kemaruk


Menyayangi Ibnu Kathir tidak menyebabkan saya tidak boleh membaca Iliad oleh Homer, hanya epik jangan sampai kemaruk!!



Ke mana selepas Iliad? Jangan terlalu 'dalam' nanti kemaruk dan ghairah, bila ghairah hati buta, mata tertutup..

Signifikan '40'




'4o'

nantikan...


Tuesday, May 6, 2008

Syeikh Azhar Menolak permintaan organisasi ‘Human Rights’

Syed Tantawi ditanya wartawan

“Hukuman gantung kepada pembunuh tidak harus dimansuhkan!! Tidak ada sesiapa yang boleh memansuhkannya, itu adalah hukuman Qisas yang telah ditetapkan oleh Allah” begitulah respon Syeikh Azhar, Syed Tantawi,apabila ditanya mengenai permintaan organisasi hak kemanusiaan bagi memansuhkan hukuman gantung. Katanya lagi, “walaupun Presiden negara ini!!”


“Ini Adalah satu permintaan yang ganjil, mereka ini meminta perkara yang batil bukannya hak,mereka meminta kemusnahan bukanlah kemaslahatan, mereka meminta kezaliman dan memperlihatkan keburukan niat! mereka menggantikan keadilan dan kebaikan niat. Allah berfirman: Jangan kamu membunuh yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak” tambahnya.


“Kita katakan pada mereka: dimanakah hak orang yang dibunuh? Isteri-isteri mereka yang menjadi janda dan anak-anak yang menjadi yatim, adakah mereka bersimpati dengan orang yang membunuh atau mereka yang terbunuh?” tegas Syed Tantawi….


Begitulah yang dilaporkan oleh Al-Dustur semalam.

---------------------------------------

Hak manusia, hak individu, bukan mutlak milik manusia....eh,,,

Saturday, May 3, 2008

Nakba dan Naksa


Lagi 12 hari, Nakba akan kembali menyelubungi hati-hati umat Islam. Hari Kesedihan akan terus dan terusan berulang. Bolehkah kita menjenguk tahun akan datang tanpa Nakba? Dan adakah kemungkinan untuk kita menukarnya dengan Hari ‘Farah’(baca:kegembiraan).

Nakba adalah Kesedihan

15 Mei setiap tahun selepas 1948, adalah titik tolak sebuah perjuangan yang penuh ranjau dan liku, bukan sedikit korban dan bukan sedikit harta yang telah dipertaruhkan. Palestin masih lagi berada ditangan rejim Israel. Dan perjuangan di Palestin masih lagi diteruskan. Rakyat Palestin masih lagi optimis, dan masih lagi bersemangat mempertahankan tanah tumpah darah perjuangan. Tetapi, Nakba tetap menjadi calit hitam di hati rakyat Palestin.

Eretz Israel, Judea, Uber dan Zion dicadangkan. Akhirnya, dengan undian majority, Perdana Menteri Zionis pertama Ben Gurion memilih Israel sebagai nama haram untuk Palestin yang dijajah. Hari itulah British dengan rasminya menyerahkan mandat untuk puak Yahudi melangsungkan sebuah negara yang rasmi. Sebuah ‘kemerdekaan’ bagi Yahudi dan ‘kegelapan’ untuk umat Islam.

Maka, bermulalah perluasan penjajahan Zionis di muka bumi Al-Quds, kesucian wanita di dirobek, kelemahan kanak-kanak menjadi sasaran puak pelampau zionis, berlarutanlah Nakba setiap hari. Ya, Nakba Palestin adalah setiap hari selagi mana bumi Al-Aqsa itu belum lagi dibebaskan!!!

Rentetan dari perang saudara arab juga menjadi faktor perluasan penjajahan puak Zionis. Selepas dari deklarasi ‘kemerdekaan’ negara haram Israel itu. Tambah lagi serangan bertubi-tubi dari tentera pelampau lengkap bersenjata Yahudi. Perkosaan, pembunuhan, penghinaan berterusan di Palestin. Negara-negara bacul semenanjung arab yang lain juga tidak ada langsung usaha sungguh-sungguh membantu menamatkan Nakba arab Islam Palestin. Tanggal-tanggal 24 Januari,23 Mac, 3 April dan 20 Julai tarikh yang menyaksikan negara-negara Arab, Mesir, Syria, Lubnan, Jordan memeterai janji ketenteraan di Palestin dan negara itu dibahagi-bahagikan ‘penjaganya’ dan dalam kata lain pemsepadanan kuasa negara tetapi sebenarnya hanyalah satu lagi bentuk peluasan jajahan Zionis Yahudi ke atas Palestin !!!

Seperti biasa, perjanjian hanya tinggal janji saja.. kerana keamanan Palestin masih lagi tidak dapat di capai. Ini adalah disebabkan sentiasa saja ada sabotaj dari kesemua pihak yang menyebabkan polemik arab-israel menjadi lebih tegang sehinggalah pada tahun 1955 Israel membuat letupan di Gaza yang menganggu kepentingan Mesir, ini membawa kepada kerjasama Gamal Abdel Naser menyain surat dengan Soviet Union bagi mendapatkan bantuan senjata.

Masih lagi di dalam suasana perang dingin antara blok Amerika dan sekutunya dengan Soviet menyebabkan tanpa sebab yang munasabah mereka memberi bantuan ketenteraan kepada Israel, dan bekerjasama menyerang Mesir !! maka lembaran yang lebih menyakitkan bermula…….

Pasca Terusan Suez dan Naksa(6 Days War)

Benar peperangan di Terusan Suez hanyalah satu ekspresi ketenteraan oleh kerajaan Mesir. Kemenangan yang di julang di sana tidaklah bermakna apabila peperangan 6 Hari yang memperlihatkan kelemahan negara-negara arab. Sekali lagi Palestin menjadi mangsa bodoh sombong pemimpin-pemimpin arab. Bahkan tragedi memalukan itu menutup segala kemenangan yang dicapai ketika peperangan di Terusan Suez.

Akibat kekalahan yang teruk itu. Negara-negara arab yang dimulai oleh Mesir mula mendapat kerugian dalaman negara yang teruk. Anwar Sadat sebagai orang ‘Besar’ dan ‘Abang Sulung’ negara-negara arab mula menjalankan hubungan baik sehingga membawa Nakba 2 atau Naksa. Kesedihan yang berpunca dari pengiktirafan oleh Mesir ke atas entiti haram Israel!!!

Rakyat Palestin selepas itu hanya memeluk ‘Nakba’ dan hilang pergantungan. Seperti ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. Usai period menyakitkan itu, negara-negara arab yang dikuasai diktator-diktator dan para tirani seperti budak kecil yang pengecut dan dayus, apa yang dilaungkan hanyalah seruan-seruan meterai janji. Janji yang punya saksi tetapi tidak punya realiti!! Janji Yahudi dan para bacul dan penakut. Maka kesedihan Nakba dan Naksa terus melilit duri di hati-hati keras seluruh rakyat Palestin.

Selepas Nakba dan Naksa

Sebenarnya harapan, cita-cita dan impian masih ada. Usaha sedang giat dijalankan. Intifada, operasi-operasi jihad oleh gerakan-gerakan pembebasan dan yang paling menonjol Hamas terus bersama. Dengan agama, semangat dan rakyat mereka bersatu memaut berganding bahu bersama. Demi pembebasan Al-Aqsa tercinta! Ya, masih ada Allah yang menolong hamba-hambanya!!

Percayalah! Akan ada fajar kegembiraan baru yang akan muncul di daerah Al-Aqsa itu!!!! Nakba ini bukan lagi menjadi kesedihan, Naksa ini bukan lagi menjadi keracauan jiwa, tetapi menjadi penyuntik semangat jitu umat. Menjadi pemangkin jiwa. Dan peneguh thabat di hati pejuang-pejuang Al-Aqsa tercinta..

Friday, May 2, 2008

Selamat Hari Lahir Presiden




4 Mei selain angkat sumpah Margareth Tathcher untuk menjadi Perdana Menteri Britain. Ia juga berkongsi satu lagi peristiwa penting dunia, iaitu kelahiran seorang Presiden Tua, Dr Azzam Tamimi menyifatkan beliau seorang diktator dunia arab yang pengecut. Siapakah dia?

Seorang yang sangat setia kepada demokrasi(katanya dalam papan-papan tanda Mesir), dan seorang yang digambarkan Anwar Sadat kedua ketika di zaman presiden itu, sehingga membolehkan beliau mendapat terus sokongan pengikutnya menggantikan Sadat selepas pembunuhannya. Selamat hari lahir Presiden Mubarak!!

Ikhwanul Muslimin akan bersama dengan rakyat mempromosi hari itu. Saya juga tidak pasti adakah apa yang digembar-gembur dalam blog-blog Mesir ini benar-benar mendapat sambutan seperti demonstrasi 6 April lalu. Jika anda melayari Facebook. War-war itu benar-benar seperti memukul gong mencanang negara itu untuk turut serta dalam demo yang menuntut hak-hak pekerja di negara-negara arab umumnya dan Mesir khususnya.

Apa yang anda perlu lakukan? Anda hanya perlu duduk di rumah dan tidak keluar bekerja. Itu sahaja. Mursyidul ‘Am Ikhwanul Muslimin mengecualikan sector-sektor pendidikan dan kesihatan untuk mengikut ‘Gentlemen Strike’ itu. Apa pun yang akan terjadi hari itu, kita lihat pada 4 Mei.. Selamat Hari Jadi Presiden!!!!!!!


-------------------------------------------------------------------!!

Persoalannya, benarkah duduk di rumah mengubah keadaan dan dapat mengislah masyarakat?????

Lihat video:

http://www.facebook.com/video/video.php?v=30955300413&oid=14667406431

Lihat Mahdi Akef:

http://ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=36809&SecID=230