Nakba adalah Kesedihan
15 Mei setiap tahun selepas 1948, adalah titik tolak sebuah perjuangan yang penuh ranjau dan liku, bukan sedikit korban dan bukan sedikit harta yang telah dipertaruhkan. Palestin masih lagi berada ditangan rejim
Eretz
Maka, bermulalah perluasan penjajahan Zionis di muka bumi Al-Quds, kesucian wanita di dirobek, kelemahan kanak-kanak menjadi sasaran puak pelampau zionis, berlarutanlah Nakba setiap hari. Ya, Nakba Palestin adalah setiap hari selagi mana bumi Al-Aqsa itu belum lagi dibebaskan!!!
Rentetan dari perang saudara arab juga menjadi faktor perluasan penjajahan puak Zionis. Selepas dari deklarasi ‘kemerdekaan’ negara haram
Seperti biasa, perjanjian hanya tinggal janji saja.. kerana keamanan Palestin masih lagi tidak dapat di capai. Ini adalah disebabkan sentiasa saja ada sabotaj dari kesemua pihak yang menyebabkan polemik arab-israel menjadi lebih tegang sehinggalah pada tahun 1955 Israel membuat letupan di Gaza yang menganggu kepentingan Mesir, ini membawa kepada kerjasama Gamal Abdel Naser menyain surat dengan Soviet Union bagi mendapatkan bantuan senjata.
Masih lagi di dalam suasana perang dingin antara blok Amerika dan sekutunya dengan Soviet menyebabkan tanpa sebab yang munasabah mereka memberi bantuan ketenteraan kepada Israel, dan bekerjasama menyerang Mesir !! maka lembaran yang lebih menyakitkan bermula…….
Pasca Terusan Suez dan Naksa(6 Days War)
Benar peperangan di Terusan
Akibat kekalahan yang teruk itu. Negara-negara arab yang dimulai oleh Mesir mula mendapat kerugian dalaman negara yang teruk. Anwar Sadat sebagai orang ‘Besar’ dan ‘Abang Sulung’ negara-negara arab mula menjalankan hubungan baik sehingga membawa Nakba 2 atau Naksa. Kesedihan yang berpunca dari pengiktirafan oleh Mesir ke atas entiti haram
Rakyat Palestin selepas itu hanya memeluk ‘Nakba’ dan hilang pergantungan. Seperti ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. Usai period menyakitkan itu, negara-negara arab yang dikuasai diktator-diktator dan para tirani seperti budak kecil yang pengecut dan dayus, apa yang dilaungkan hanyalah seruan-seruan meterai janji. Janji yang punya saksi tetapi tidak punya realiti!! Janji Yahudi dan para bacul dan penakut. Maka kesedihan Nakba dan Naksa terus melilit duri di hati-hati keras seluruh rakyat Palestin.
Selepas Nakba dan Naksa
Sebenarnya harapan, cita-cita dan impian masih ada. Usaha sedang giat dijalankan. Intifada, operasi-operasi jihad oleh gerakan-gerakan pembebasan dan yang paling menonjol Hamas terus bersama. Dengan agama, semangat dan rakyat mereka bersatu memaut berganding bahu bersama. Demi pembebasan Al-Aqsa tercinta! Ya, masih ada Allah yang menolong hamba-hambanya!!
Percayalah! Akan ada fajar kegembiraan baru yang akan muncul di daerah Al-Aqsa itu!!!! Nakba ini bukan lagi menjadi kesedihan, Naksa ini bukan lagi menjadi keracauan jiwa, tetapi menjadi penyuntik semangat jitu umat. Menjadi pemangkin jiwa. Dan peneguh thabat di hati pejuang-pejuang Al-Aqsa tercinta..
No comments:
Post a Comment