Saturday, May 10, 2008

Naturei Karta bertemu Al-Qardhawi


Al-Qardhawi berbincang dengan Ahron Cohen dan Dovid Weiss
di rumah beliau di Doha, Qatar.




Di antara aktiviti-aktiviti yang aktif dilakukan oleh Naturei Karta ialah bertemu dengan pemimpin-pemimpin dunia Islam dari kalangan negarawan dan ulama-ulama Islam. Mereka berbincang dan berdialog bagi mencapai kata sepakat dan keamanan untuk umat Palestin.

Baru-baru ini seperti yang dilaporkan akhbar Gulf Times dan laman web rasmi kumpulan Ortodoks Yahudi itu, Naturei Karta melalui aktivisnya, Ahron Cohen dan Yisroel Dovid Weiss telah bertemu dengan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi bagi berbincang mengenai isu Palestin.

Cohen menyatakan Zionis dan agama Yahudi harus dibezakan. Zionis adalah satu gerakan politik yang telah mengeksploitasi dan menyesatkan orang-orang Yahudi mereka juga menurutnya telah meninggalkan kehidupan sebenar agama Yahudi dan semangatnya. Dia percaya polemic di timur tengah akan hilan apabila negara-negara berkuasa memecahkan negara Zionis itu.

“ Idea negara Yahudi itu hanyalah satu idea yang dibuat-buat bagi menyorokkan cara hidup Yahudi yang sebenar.” Tambahnya lagi,”Herzel adalah musuh sebenar Yahudi. Ajaran Taurat telah menyatakan Yahudi dilarang untuk memiliki negara. semua penganut Yahudi harus menolak eksistensi negara haram itu yang meconteng imej Yahudi!” Tegas Weiss lagi.

Tentang situasi terbaru di wilayah Palestin, Weiss dan Cohen telah menyalahkan Zionism sebagai punca korban yang berlaku di sana. “Hati kami berdarah di atas apa yang terjadi terhadap rakyat Palestin. Kita tahu Yahudi dan Muslim pernah hidup aman damai bagi beberapa abad, dan dunia Islam adalah seperti syurga bagi Yahudi yang datang dari Spanyol. Pada waktu tiada pun organisasi hak kemanusiaan. Akan tetapi, kita hidup aman tenteram.” Kata mereka.

Al-Qardhawi pula menyatakan orang-orang Islam tiada masalah dengan penganut-penganut Yahudi. Konflik Palestin yang utama ialah dengan gerakan Zionis. Beliau berharap Naturei Karta menjelaskan pendirian mereka kepada media Arab, supaya masyarakat tahu wujudnya segmen Yahudi yang menolak dan menentang entiti Zionis.”

Para Rabbi Yahudi dari Naturei Karta menggelarkan diri mereka sebagai Yahudi bukannya Zionis. Mereka juga menolak Israel di gelarkan sebagai ‘negara Yahudi’.

“Zionis telah mencuri kesemua simbol kita. Sekarang ini, mereka menamakan negara mereka itu sebagai negara Yahudi walaupun mereka sebenarnya bukannya Yahudi tulen. Kita tidak seharusnya silap meletakkan mereka sebagai wakil Yahudi.

sumber:

www.nkusa.org

Gulf Times(sumber asal)



1 comment:

y.mercury said...

forward la kat ehud olmert..haha. mantap2.