Tuesday, April 29, 2008

Zainab Hifni si Penulis Hikayat


(Siapalah yang terjemah video ini?, saya ingin betulkan terjemahan, pada saat ke 59, ada dialog yang tidak diterjemahkan,


Turki Al-Dakhil: Jadi anda cenderung mengatakan seks seharusnya tidak lah menjadi satu perkara yang di haramkan?

Zainab Hifni: Ya, tepat sekali.)

Muslimah ‘Liberal’


Satu pemberontakan jiwa yang tidak berpuas hati terhadap 'tradisi' agama, itulah yang dapat digambarkan oleh amatan fikir saya. Seorang wanita yang 'civilised', berpakaian 'kebaratan', rambut berwarna-warni, bebas berhias-hias. Itulah streotaip wanita yang diiktiraf oleh barat.

Dunia tidak lagi dapat menutup akan pemberontakan jiwa sebahagian dari wanita-wanita Islam. Zainab Hifni salah seorang darinya. seorang penulis, suka berfikir, suka membaca, suka falsafah, dan amat kagum dengan dunia 'indah' barat. Ini tidaklah menghairankan, umum mengetahui akan sistem yang ada di Arab Saudi. Negara Islam Beraja ini memang mempunyai banyak taboo dari pelbagai segi. Dunia 'bertamadun' barat apabila mahu mengambil contoh wanita-wanita yang ditindas, dikongkong pasti akan mengambil contoh-contoh dari wanita-wanita yang berada di Saudi Arabia. Maka dilahirkan dalam keadaan begitu di samping punya ‘akal tak terbataskan’ beliau mengekspreskan dirinya mengikut wanita-wanita ‘civilised’ yang lain.

Penulis tidak sempat membelek buku-buku beliau ketika di Pameran Buku Antarabangsa Mesir baru-baru ini. Tetapi buku beliau 'Al-Marah 'inda Khat Al-Istiwa'' itu amatlah popularnya di kalangan para feminis-feminis negara-negara arab. Tetapi dengan hanya membaca beberapa perenggan dari novel 'panas' itu. Saya pun terasa panas yang dimaksudkan. Saya pasti jika saya membaca buku itu. Isu-isunya hanya akan berpusing tentang persoalan pendidikan seks, pergaulan seks yang bebas di kalangan muda mudi orang-orang Islam, cinta yang 'suci' dengan menyerahkan tubuh di Paris...(http://www.zhauthor.com/html/book3.)

Bukan hanya Zainab Hifni, di sana ramai lagi akivis-aktivis 'Religion sceptism'(skeptik agama) di blok Asia Timur dan Barat. Blok ini yang dibarisi negara-negara Islam telah lama dijangkiti penyakit skeptik agama ini. Maryam Namazie, Wafaa Sultan, Nonie Darwish, yang veteran pula, Najib Mahfouz, Qasim Amin lewat ‘Tahrirul Mar’ah’ malah lebih menarik di UK ada persatuan Ex-Muslim bagi mengangkat golongan-golongan ini. Itu semestinya, mana ada negara Islam yang membenarkan persatuan ini.. Hanya negara demokratik UK dan USA dan pengikut polisinya saja yang diberi seluas-luas kebebasan dalam hal-hal sensitif sebegini.

Kenapa Barat?


Bila kita bertemu dengan kes-kes majornya. Mereka yang terlibat terang-terangan mengkagumi dunia barat. Dan mengagungkan mereka. Mereka hina Islam, mereka hina agama… kata mereka ‘Islam has to do nothing with my life’….


Barat menguasai dunia, barat memegang ketamadunan alam.
Dunia berpaksi Dolar mereka. Veto ada di tangan mereka. Demokrasi mereka yang punya. Kuat tentera mereka yang ada. Kaya semuanya, tiada yang miskin. Itulah gambaran umum orang-orang Islam terhadap mereka.


Barat juga yang membawa kedamaian kedalam negara yang kacau, barat juga yang bawa kedamaian, keseronokan hidup, barat juga yang bebas… apa lagi yang tiada di barat?


Pemikir, Angkasawan, Jurutera semua profesionalis dari negara-negara barat. Apa yang lemah ? tiada yang lemah…


Kerana semua sangkaan dan sogokan itulah akhirnya.
Zainab Hifni dan yang sama waktu dengannya memilih barat……..

Barat atau Islam…

Hakikatnya, seorang manusia yang tidak buta tidak boleh menafikan kehebatan negara-negara barat. Akal yang sihat manusia juga tidak dapat menafikan kecanggihan negara itu dari segi tamadunnya, ekonominya, kesedaran siviknya, kebebasan bersuaranya. Tetapi akal yang sihat seharusnya tidak menyebabkan seseorang itu buta dengan nilai-nilai moral yang lumpuh di negara-negara barat, sepatutnya juga akal yang sihat tidak menyebabkan fikiran lupa dengan kezaliman Amerika dan sekutu-sekutu Zionisnya. Akal juga seharusnya tidak dilupakan dengan nilai-nilai jahiliah yang ada pada sebahagian besar orang-orang barat.

Timur juga begitu, akal yang sihat tidak sepatutnya menafikan kemunduran yang ada di negara-negara timur dan negara-negara Islam. Akal yang cerdas juga tidak sepatutnya menidakkan negara-negara Islam dan timur tadi kebanyakannya tidak aman, dari segi perkaumannya, ekstrimisnya, perang saudaranya dan pelbagai lagi kekacauan. Dan dalam masa yang sama tidak menolak prinsip nilai-nilai yang ada di negara-negara timur..

Sebenarnya titik mulanya bukanlah dari Barat ataupun sebab Timur. Tetapi sebab fikir. Otak manusia kadang-kadang gagal untuk meneliti dengan cermat. Kalau mahu ditolaknya, ditolak mentah-mentah, dan kalau mahu menerima diterima bulat-bulat. Mahu sokong barat, di sokongnya buta-buta, mahu cinta timur, dicintanya buta-buta.


Itulah silapnya, lemah untuk berfikir secara Pro dan Kontra, dan lemah untuk memilih yang mana yang terbaik yang tidak mengikut hawa nafsu dan selari dengan fitrah। Seharusnya kita mengatakan:


“ Ya, barat ada kebaikannya, timur ada juga kebaikannya। Kedua-dua blok ini boleh kita terima kebaikannya dan boleh ditolak apa yang buruknya”

Inilah cara fikir yang adil…. Teka saya…

No comments: