Secara demokratis rasminya, Hamas pada Januari 2006 telah memenangi hati majoriti rakyat Palestin dengan memenangi pilihanraya umum, ini membolehkan mereka membentuk kerajaan demokratik sekaligus menyelenggara legislatif di Palestin. Dengan demokrasi yang dikempen-kempen oleh Amerika dan sekutunyalah Hamas menang. Dengan desakan demokrasi liberallah Hamas mengalahkan parti nasionalis Fatah, dengan demokrasilah Hamas telah mewakili Palestin secara rasmi. Dan semua ini telah menunjukkan bahawa mereka memang menjadi pilihan rakyat Palestin untuk menerajui semenanjung
Kemenangan Hamas adalah kemenangan rakyat Palestin
Hamas ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat. Mereka bukanlah sebuah gerakan yang berteraskan politik kuasa atau politik wang. Ini terbukti dengan keterbukaan mereka untuk berbincang dengan Penguasa Nasional terdahulu iaitu Fatah yang diketuai Mahmoud Abbas dan juga dari wakil-wakil bebas. Maka tuduhan yang mengatakan bahawa mereka adalah daripada pemimpin-pemimpin ganas dan tirani adalah amat tidak wajar sekali!!
Tambahan pula Hamaslah yang memulakan langkah untuk berdamai dengan Fatah ketika perang saudara meletus pada Februari 2007 dan seterusnya membahagi kuasa kepada Fatah dan fraksi lain bagi sama-sama membolehkan mereka berjuang membela nasib rakyat. Ini jelas menunjukkan mereka benar-benar berjuang dan amat toleran di dalam situasi yang penuh dengan propaganda-propaganda oleh intelijen Amerika dan pertubuhan-pertubuhan yang hasad dengan Hamas yang disokong oleh rakyat Palestin.
Public Opinion(pendapat publik)[1]
Public opinion adalah satu pegangan kolektif umum daripada publik. Boleh saja pendapat publik ini dibuat dengan pungutan suara, ataupun media. Apa kena mengena pendapat publik dengan isu Palestin?
Penulis tidaklah menolak pendapat publik sebagai satu pegangan secara seratus peratus. Cuma apa yang menjadi isunya ialah pandangan oleh publik ini telah
Ini tidaklah memeranjatkan kita kerana memang peranan pendapat publik walaupun kadang-kadang boleh menjadi hujah tetapi ia amatlah relatif sekali malahan kekuatan hujah dari publik opinion ini amatlah meragukan dan selalunya ia paling mudah mempengaruhi mereka yang sudah ada prasangka-prasangka buruk terhadap sesuatu isu, maka jadinya ia adalah senjata paling ampuh, bagi mengenyangkan nafsu orang-orang tertentu(baca:Amerika,konco-konconya dan politikus wang di Palestin). Tentu saja media adalah perkakas utama dalam menjayakannya. Tetapi hakikatnya adalah penipuan belaka!! Tambah merosakkan jika ianya digunakan oleh Amerika dan konco-konconya.
Pendapat publik yang
Lihat saja media barat, satu contoh:
“
Ini salah satu contoh bagaimana rangkaian media FOX yang terkenal liberal dan pro-Israel ini cuba membuat-buat dan mereka-reka cerita bahawa Palestin memerlukan ‘pertolongan’ atau sokongan Iran demi survival ‘militan’ mereka. Mengikut penganalisis isu Palestin Dr Azzam Tamimi[3] mengatakan ini adalah satu lagi taktik hegemoni barat untuk cuba membuat pendapat publik keatas isu Palestin ini selain sebagai satu penghinaan kepada rakyat Palestin mengatakan mereka mengharapkan pertolongan dari Iran,Begitu juga dengan tinjauan-tinjauan pungutan suara yang yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin yang sedaya-upaya menyatakan bahawa Hamas sudah lagi tidak relevan. JMCC(
Amerika untuk memudahkan laluan ekspansi mereka, telah membuat dan mencipta penipuan ini supaya nampak adanya dua pihak. Satu pihak diwakili oleh Amerika dan
Hamas sebagai sebuah gerakan Islam yang jelas tidak ada sama sekali hubungan emosional dengan mereka. Cuma seperti yang lain Hizbollah memang diiktiraf ada jasanya bagi membantu masyarakat Palestin[4] .
Begitulah perancangan kolonial-baru Amerika dan konconya. Sifir mudah
Penyelesaian Simpulan Serabut Timur Tengah
Mereka seharusnya tidak mencari-cari alasan untuk tidak bekerjasama dengan Hamas dan membuat kenyataan bukan-bukan dan merepek[5]. Hamas sudah terbukti keikhlasan mereka. Ini amat nampak sekali apabila Hamas menyuarakan untuk mengadakan dialog dengan
Nampaknya, selagi mana pemimpin negara arab masih lagi bodoh angkuh, kemelut Palestin terus ditangani oleh Hamas berseorangan. Dan ia akan berterusan sehinggalah ekspansi Zionis-Israel dikalahkan dan ketentuan tuhan menjadi sandaran harapan dengan doa dari umat Islam seluruhnya.
Kesimpulan
Untuk mengatasi propaganda atau hegemoni baru Amerika-Israel ini, satu usaha proaktif harus dijalankan. Dimulakan dengan pelaksanaan kertas-kertas kerja OIC. Seterusnya menjadikan kerjasama diantara negara arab menjadi agenda prima dalam konferens-konferens OIC.. Apa lagi isu yang lebih mustahak dari ini? Apa lagi punca berdarah yang lebih dari ini yang mesti diselesaikan?. Memang kerana Palestinlah OIC ditubuhkan!! Jangan pula nanti kerana Palestinlah OIC dibubarkan.
[1] Lebih lanjut manfaatkan Wikipedia dan baca juga (The Spectacular Achievement Of Propaganda: Noam Chomsky-1991)
[2] Dipetik dari FOXNews.com: http://www.foxnews.com/story/0,2933,358743,00.html
[3] Penganalisis politik dan isu Timur Tengah,(
[4] Walaupun begitu, mengikut pandangan penulis hubungan Hamas dengan Hizbollah tidak lebih hanyalah kawan rapat menentang paksi syaitan Amerika, ada perkara yang mereka bekerjasama contohnya mengadakan defensif dari serangan Israel keatas rakyat Palestin dan selatan Lubnan, tetapi dari segi fundamental Hamas amat jelas sebagai satu gerakan Islam yang berakidahkan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah manakala Hizbollah adalah berasaskan agama messianik Syi’ah . Hal ini demikian, keikhlasan Hizbollah amat dicurigai kerana tindak tanduk mereka yang agresif lewat
[5] Ya, pemimpin arab pernah menyatakan bagaimana mereka dapat menolong Palestin sedangkan orang-orang Palestin sendiri tidak mahu bersatu, selain itu ada juga yang mendesak Hamas supaya meletak senjata sebagai satu-satunya cara untuk Mengatasi kemelut timur tengah itu.!!
No comments:
Post a Comment