Monday, November 24, 2008

Radikal Melayu dan Palestin


Di atas runtuhan kota Melaka,

kita bina jiwa merdeka,

(Burhanuddin Al-Helmi)

Terkejut juga, rupanya sejarah mencatat Dr Burhanuddin Al-Helmi adalah antara pelopor paling verbal sekali membawa isu Palestin ke Tanah Melayu seawal pra merdeka Tanah Melayu. Mungkin paksi pemikiran Burhanuddin yang anti-kolonial tambah didihnya, bila sempat bersama orang-orang Palestin membuat bantahan pada juak-juak Union Jack di sekitar Beitlehem dan Jerusalem.

Selain mengangkat beban kemerdekaan Tanah Melayu usai perang dunia kedua. Burhanuddin Al-Helmy telah membuktikan beliau memang pejuang sejati kebebasan sejagat. Isu Palestin pernah menjadi sebab untuk beliau meringkuk di dalam penjara. Ini gara-gara membuat surat terbuka kepada kerajaan ‘God save the Queen’ untuk menarik kembali pengiktirafan Israel sebagai pengganti Palestin pada tahun 1948. Itulah beliau, Dr Burhanuddin Al-Helmy, orang pertama dipenjara di Tanah Melayu kerana isu Palestin. Moga kita dipenjara kerana Palestin!!


----------------------------

P/S:(Rujuk:Burhanuddin Al-Helmi,Satu Kemelut Politik,terbitan DBP 2000)



Sunday, November 23, 2008

SATU MANIFESTASI


(Elusidasi edisi I)

Ini adalah peristiwa benar, team studi ITQAAN Malaysia akhirnya telah berjaya diwakili oleh Elusidasi. Ditanggap sebagai majalah serius, kami ITQAAN yang dikategorikan sebagai amatur dalam penulisan berbentuk kolum ini, cuba membawa anda untuk pembacaan serius dan analitik. Jika ada sebarang persoalan dan komen, kami boleh dikirimi emel di elusidasi@yahoo.com

Buah cempedak di luar pagar,

ambil galah tolong jolokkan,

kami budak baru belajar,

kalau salah tolong tunjukkan.


p/s: In sya Allah edisi pertama akan diluncurkan esok oleh agen-agen kami, dan pembelian anda ada sumbangannya untuk Palestina,menerusi Aman Palestin.


Sunday, November 16, 2008

Nadi Mulia

Degup-degup nadi,
mati,
mencerna haruman ruhi,
selerak alam maya ini,
menyelinap,
hati-hati suci,
takkan pernah matahari lari,
dari tirai dini,
untuk hari muka,
menjemput juang mulia,
di sekitar denai syurga,
di terusan halwa,
nikmatnya,
lengkap untuk membeli,
depa-depa tanahnya syurga.

kaherah, 435ptg
16 Nov 2008

Puing-Puing Runtuhan


Deklamasi sajak dari hati



persembahan sajak di atas ku tujukan khas untuk saudara di Palestina..
Malam Kesenian Kaherah 2008..



Friday, November 7, 2008

Kisah ‘Ferrari’

Murabbi yang sempurna hanyalah Rasulullah, mutarabbi yang sempurna juga contohnya Rasulullah.

(i)

Mutarabbi suka lari selaju Ferrari,
dia desak murabbi lumba lari
murabbi dan mutarabbi pun lumbalah lari,
mutarabbi lari, laju-laju bagaikan Ferrari,
murabbi tak dapat nak kejar lagi, “biarlah dia sendiri berlari”,
getus hati murabbi tadi, tak larat lagi dilayan laju ‘Ferrari’

(ii)

Tiba-tiba,
‘drappp’ mutarabbi terjatuh,
murabbi yang lambat sedikit hulur tangan,pertolongan mahu diberi,
mutarabbi yang ikhlas dia tak rasa malu nak ditolongi,
baguslah begini,
tetapi mutarabbi yang so-called daie tadi,
tidak ikhlas hati, sombong-sombongan,
angkuh mahu bangun sendiri-sendiri,
tapi, dicuba-cuba tak mampu berdiri,
dicuba lagi, tak boleh lagi,
Oh ,kerana rupanya, kaki tersadung, patah tebu kaki sendiri…
Akhirnya jadi segan, malu sendiri.

(iii)

Jadilah kita murabbi dan mutarabbi yang tahu harga diri,
tahu mana letak duduknya diri sendiri,
selalu lalu dekat rumah tarbiah didiklah diri,
disiplin hati, akur rendah diri, jangan meminta-minta jadi,
orang yang tinggi-tingi, sabar kerana dakwah bukan untuk murabbi,
diri sendiri atau jamaah sendiri, tetapi hanya untuk Allah redhai.

————

Sajak Ikhlas,

reflek untuk akhi Ar-Rumy,

Zahid Naser
11.20
Cairo

Thursday, November 6, 2008

Kusut Masai Fikiran


(i)

Panjatan-panjatan kesyukuran,
diluah hanya dengan langutan kotoran dosa,
pada tuhan,
liuk-lentuk idea,
yang diminnah tak terperi,
moga dihabisi sepenuh hati,
walau tak terhabiskan,
janganlah hendaknya nanti,
tersitalah hati, sirnalah tujuan.

(ii)

Salam jauh sudah kulerai susut masainya,
mencubit rasa didikan cuti yang lama,
menghimpit hiba tak kunjung pergi,
kerana tangan sudah terpatri,
dek kerana pencerahan masih dicari-cari.

(iii)

Hilang sudah saudaraku yang bujang,
kawan-kawan pun berubah, berbilang-bilang,
merentas bangsa, kaum, bahasa dan kultus fikiran...
tidak terjumlah,
moga didikan bumi bertuhan dapat diselesaikan.

Zahid Naser
9.44 malam
Kaherah