Monday, November 24, 2008

Radikal Melayu dan Palestin


Di atas runtuhan kota Melaka,

kita bina jiwa merdeka,

(Burhanuddin Al-Helmi)

Terkejut juga, rupanya sejarah mencatat Dr Burhanuddin Al-Helmi adalah antara pelopor paling verbal sekali membawa isu Palestin ke Tanah Melayu seawal pra merdeka Tanah Melayu. Mungkin paksi pemikiran Burhanuddin yang anti-kolonial tambah didihnya, bila sempat bersama orang-orang Palestin membuat bantahan pada juak-juak Union Jack di sekitar Beitlehem dan Jerusalem.

Selain mengangkat beban kemerdekaan Tanah Melayu usai perang dunia kedua. Burhanuddin Al-Helmy telah membuktikan beliau memang pejuang sejati kebebasan sejagat. Isu Palestin pernah menjadi sebab untuk beliau meringkuk di dalam penjara. Ini gara-gara membuat surat terbuka kepada kerajaan ‘God save the Queen’ untuk menarik kembali pengiktirafan Israel sebagai pengganti Palestin pada tahun 1948. Itulah beliau, Dr Burhanuddin Al-Helmy, orang pertama dipenjara di Tanah Melayu kerana isu Palestin. Moga kita dipenjara kerana Palestin!!


----------------------------

P/S:(Rujuk:Burhanuddin Al-Helmi,Satu Kemelut Politik,terbitan DBP 2000)



No comments: