Friday, June 27, 2008

Propaganda ‘Public Opinion’ terhadap Palestin

"Ismail Haniyyah"

"opinisi publik"

Secara demokratis rasminya, Hamas pada Januari 2006 telah memenangi hati majoriti rakyat Palestin dengan memenangi pilihanraya umum, ini membolehkan mereka membentuk kerajaan demokratik sekaligus menyelenggara legislatif di Palestin. Dengan demokrasi yang dikempen-kempen oleh Amerika dan sekutunyalah Hamas menang. Dengan desakan demokrasi liberallah Hamas mengalahkan parti nasionalis Fatah, dengan demokrasilah Hamas telah mewakili Palestin secara rasmi. Dan semua ini telah menunjukkan bahawa mereka memang menjadi pilihan rakyat Palestin untuk menerajui semenanjung Gaza khususnya dan seluruh wilayah Palestin umumnya. Akurasi di dalam pilihanraya ini malah diiktiraf dan dipuji oleh Jimmy Carter!

Kemenangan Hamas adalah kemenangan rakyat Palestin

Hamas ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat. Mereka bukanlah sebuah gerakan yang berteraskan politik kuasa atau politik wang. Ini terbukti dengan keterbukaan mereka untuk berbincang dengan Penguasa Nasional terdahulu iaitu Fatah yang diketuai Mahmoud Abbas dan juga dari wakil-wakil bebas. Maka tuduhan yang mengatakan bahawa mereka adalah daripada pemimpin-pemimpin ganas dan tirani adalah amat tidak wajar sekali!!

Tambahan pula Hamaslah yang memulakan langkah untuk berdamai dengan Fatah ketika perang saudara meletus pada Februari 2007 dan seterusnya membahagi kuasa kepada Fatah dan fraksi lain bagi sama-sama membolehkan mereka berjuang membela nasib rakyat. Ini jelas menunjukkan mereka benar-benar berjuang dan amat toleran di dalam situasi yang penuh dengan propaganda-propaganda oleh intelijen Amerika dan pertubuhan-pertubuhan yang hasad dengan Hamas yang disokong oleh rakyat Palestin.

Public Opinion(pendapat publik)[1]

Public opinion adalah satu pegangan kolektif umum daripada publik. Boleh saja pendapat publik ini dibuat dengan pungutan suara, ataupun media. Apa kena mengena pendapat publik dengan isu Palestin?

Penulis tidaklah menolak pendapat publik sebagai satu pegangan secara seratus peratus. Cuma apa yang menjadi isunya ialah pandangan oleh publik ini telah cuba dicipta oleh Amerika, Israel dan sekutunya. Tambahan lagi mereka menggunakan public opinion ini untuk menjustifikasikan segala perbuatan haram mereka!!

Ini tidaklah memeranjatkan kita kerana memang peranan pendapat publik walaupun kadang-kadang boleh menjadi hujah tetapi ia amatlah relatif sekali malahan kekuatan hujah dari publik opinion ini amatlah meragukan dan selalunya ia paling mudah mempengaruhi mereka yang sudah ada prasangka-prasangka buruk terhadap sesuatu isu, maka jadinya ia adalah senjata paling ampuh, bagi mengenyangkan nafsu orang-orang tertentu(baca:Amerika,konco-konconya dan politikus wang di Palestin). Tentu saja media adalah perkakas utama dalam menjayakannya. Tetapi hakikatnya adalah penipuan belaka!! Tambah merosakkan jika ianya digunakan oleh Amerika dan konco-konconya.

Pendapat publik yang cuba disuap.

Lihat saja media barat, satu contoh:

JERUSALEM- …….The Israeli claims — although expressed privately by security authorities — have not been backed up by a public display of evidence, leading some analysts to question the extent of Iranian involvement on Israel's borders. Iran, Hezbollah and Palestinian militants all deny an Iranian arms connection, though some Hezbollah militants privately acknowledge getting arms from Tehran…..”[2]

Ini salah satu contoh bagaimana rangkaian media FOX yang terkenal liberal dan pro-Israel ini cuba membuat-buat dan mereka-reka cerita bahawa Palestin memerlukan ‘pertolongan’ atau sokongan Iran demi survival ‘militan’ mereka. Mengikut penganalisis isu Palestin Dr Azzam Tamimi[3] mengatakan ini adalah satu lagi taktik hegemoni barat untuk cuba membuat pendapat publik keatas isu Palestin ini selain sebagai satu penghinaan kepada rakyat Palestin mengatakan mereka mengharapkan pertolongan dari Iran,Begitu juga dengan tinjauan-tinjauan pungutan suara yang yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin yang sedaya-upaya menyatakan bahawa Hamas sudah lagi tidak relevan. JMCC(Jerusalem Media And Communication Centre) contohnya telah membuat polling di Palestine pada tahun lepas menyatakan bahawa kepimpinan Hamas sudah tidak lagi dapat dipercayai. Sebenarnya, agensi-agensi ini adalah dibawah seliaan Israel dan dan Amerika yang cuba untuk membuat acuan ‘pendapat publik’ dan menyebarkannya sehingga menjadi satu ‘authentic belief’.

Amerika untuk memudahkan laluan ekspansi mereka, telah membuat dan mencipta penipuan ini supaya nampak adanya dua pihak. Satu pihak diwakili oleh Amerika dan Israel yang dikatakan sebagai mereka yang ‘moderat’ dan satu lagi pihak diwakili oleh Iran, Hamas, dan Hizbollah. Ini semua bertujuan memudahkan mereka mengaitkan segala perkara yang berkaitan Iran atau tindak-tanduk ‘subversif’ dan ‘militan’ mereka dengan pergerakan Hamas. Maka apabila ada saja peluang untuk menyalahkan Hizbollah atau Iran pimpinan Ahmedinejad maka secara langsung Hamas akan dipalit dengan tuduhan palsu mereka. Akibatnya, segala implikasi buruk yang menimpa Iran atau Hizbollah akan turut sama dirasai oleh kerajaan Hamas.

Hamas sebagai sebuah gerakan Islam yang jelas tidak ada sama sekali hubungan emosional dengan mereka. Cuma seperti yang lain Hizbollah memang diiktiraf ada jasanya bagi membantu masyarakat Palestin[4] .

Begitulah perancangan kolonial-baru Amerika dan konconya. Sifir mudah Amerika, Iran sama dengan Hizbollah sama dengan Hamas.

Penyelesaian Simpulan Serabut Timur Tengah

Mesir, Jordan, dan negara-negara jiran arab yang lainlah yang sepatutnya membantu dan menolong rakyat Palestin. Mereka inilah sebenarnya yang harus menjadi penolong segera isu ini. Dan menyokong Hamas sebagai sebuah kerajaan dan wakil rakyat Palestin. Jangan hanya mengikut telunjuk barat. Tetapi apakan daya, mereka semua hakikatnya berada di bawah cengkaman barat di samping takut kehilangan duit yang disogok oleh Amerika!!

Mereka seharusnya tidak mencari-cari alasan untuk tidak bekerjasama dengan Hamas dan membuat kenyataan bukan-bukan dan merepek[5]. Hamas sudah terbukti keikhlasan mereka. Ini amat nampak sekali apabila Hamas menyuarakan untuk mengadakan dialog dengan Israel. Sebaliknya, Israel sendiri yang tidak mahu berdialog dengan mereka, hal ini kerana menganggap Hamas bukanlah wakil Palestin tambahan lagi tuntutan mereka yang mahukan Hamas berada di bawah cengkaman anak manja Amerika, Zionis.

Nampaknya, selagi mana pemimpin negara arab masih lagi bodoh angkuh, kemelut Palestin terus ditangani oleh Hamas berseorangan. Dan ia akan berterusan sehinggalah ekspansi Zionis-Israel dikalahkan dan ketentuan tuhan menjadi sandaran harapan dengan doa dari umat Islam seluruhnya.

Kesimpulan

Untuk mengatasi propaganda atau hegemoni baru Amerika-Israel ini, satu usaha proaktif harus dijalankan. Dimulakan dengan pelaksanaan kertas-kertas kerja OIC. Seterusnya menjadikan kerjasama diantara negara arab menjadi agenda prima dalam konferens-konferens OIC.. Apa lagi isu yang lebih mustahak dari ini? Apa lagi punca berdarah yang lebih dari ini yang mesti diselesaikan?. Memang kerana Palestinlah OIC ditubuhkan!! Jangan pula nanti kerana Palestinlah OIC dibubarkan.


[1] Lebih lanjut manfaatkan Wikipedia dan baca juga (The Spectacular Achievement Of Propaganda: Noam Chomsky-1991)

[3] Penganalisis politik dan isu Timur Tengah,( Institute Of Islamic Political Thought). Wawancara di dalam rancangan Hardtalk,sebuah program TV BBC di UK bulan Februari 2008.

[4] Walaupun begitu, mengikut pandangan penulis hubungan Hamas dengan Hizbollah tidak lebih hanyalah kawan rapat menentang paksi syaitan Amerika, ada perkara yang mereka bekerjasama contohnya mengadakan defensif dari serangan Israel keatas rakyat Palestin dan selatan Lubnan, tetapi dari segi fundamental Hamas amat jelas sebagai satu gerakan Islam yang berakidahkan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah manakala Hizbollah adalah berasaskan agama messianik Syi’ah . Hal ini demikian, keikhlasan Hizbollah amat dicurigai kerana tindak tanduk mereka yang agresif lewat Lebanon, Mei baru-baru ini dan peristiwa di Nahrul-Barid(perkhemahan pelarian Palestin) pada tahun 2006.

[5] Ya, pemimpin arab pernah menyatakan bagaimana mereka dapat menolong Palestin sedangkan orang-orang Palestin sendiri tidak mahu bersatu, selain itu ada juga yang mendesak Hamas supaya meletak senjata sebagai satu-satunya cara untuk Mengatasi kemelut timur tengah itu.!!