"Dia dibom mati oleh penganut Syiah di Pakistan!"
Monday, September 6, 2010
Ihsan Ilahi Zahir, Teolog Yang Pemberani
Friday, January 16, 2009
Raja Kurdi Salahuddin dan Naratif Mubarak Yang Dipaksakan.
Salahuddin membuka Palestin pada umurnya 31 tahun. Rafah tempat biasa raja Kurdi ini keluar masuk sewaktu siri-siri perang salib meletus, lebih-lebih lagi pada siri yang kedua. Sampai sekarang Ma’bar Salahuddin dapat dilihat di Rafah. Saya pernah sampai sana. Tapi kami penakut untuk pergi lebih dekat kerana keselamatan(kadang-kadang kita asyik takut dengan penyangak Mubarak, takkan selamanya kita mahu menjilat orang-orang seperti mereka ini?). Sekarang ini tembok apartheid sudah ‘gah’ dibina. Sekali kacau saja, peluru Israel akan dimuntahkan tepat ke tempurung kepala anda.
Adakah Mubarak akan menjadi Salahuddin? Itulah persoalannya. Jika dinasti Ayyubi dapat membebaskan pemerintahan kejam agenda hegemoni kegerejaan yang bersekongkol dengan mamlakah Raja Richard di Eropah waktu itu. Apakah ‘dinasti’ baru Mubarak boleh mengulang sejarah hebat penakluk ini? ternyata sehingga saat ini rajulah1 Mubarak tidak dapat dipastikan, tapi yang pastinya Mubarak memang ada ‘sense of humor’.
Saya bukanlah seorang yang menolak terus pemerintahan yag berbentuk dinasti atau berbentuk monarki. Kerana sunnah politik berubah seperti mana dunia(baca:alam) sentiasa berubah, politik dunia Islam sentiasa berubah, politik Eropah pun berubah. Bahkan berubah-ubah ini adalah sunnah alam. Kerana alam ini memang sentiasa berubah dan baharu. Seperti tesis yang dipersetujui oleh akal yang sejahtera. Sama juga politik, politik berubah mengikut peredaran alam. Alam politik sewaktu zaman ideal Rasulullah tidak sama dengan zaman politik Khalifah Abu Bakar, sama juga politik yang diamalkan oleh Uthman tidak sama seperti ketua-ketua masyarakat Islam di zaman Umayyah dan Abbasiyah. Wacana politik waktu itu adalah untuk waktu itu. Mungkin sepuluh tahun lagi politik dunia akan berubah. Mungkin pusat kuasa waktu itu di Iran? Atau mungkin akan ada negara Islamik Amerika? Mana tahu. Semuanya mungkin. Sebab itu ada yang mendefinisikan politik itu sebagai ‘Fann El-Mumkinaat’2.
Apa yang pasti ialah subtansi nas dari manqul(baca:wahyu) adalah asas dan prinsip. Politik yang lari dari nas-nas Al-Quran adalah tertolak. Politik Malaysia misalnya, kita ada parlimen, kita ada mahkamah, kita ada kabinet, dan kita ada perlembagaan. Jika politik yang ada unsur-unsur ini digunakan oleh politikus-politikus yang tidak mempedulikan nas di dalam politik mereka. Maka politik mereka boleh dibantah.
Tentang penakluk Kurdi tadi. Mubarak bukan Kurdi, dia Arab Mesir. Mungkin keturunannya ada susur galur Imhotep, atau raja-raja Firaun, dan pastinya dia adalah penutur natif Arab dan Inggerisnya pun boleh tahan, tahun lepas dia pernah diwawancara dengan Charlie Rose3. Banyak juga lawak yang dia cuba luahkan. Saya melihat lawaknya itu dengan jengkel. Apa tidaknya cerita bab serius dia boleh buat main-main pula.
Ma’bar Salahuddin menggambarkan kegembiraan dan pembebasan. Tetapi Ma’bar itu pada zaman Mubarak mewakili kesedihan, kemarahan, dan kebodohan. Sampai ke hari ini Mubarak boleh bercium pipi dengan Barak, boleh lagi memeluk tapak tangan Livni. Kalau Salahuddin sangat garang dengan Balian kerana mempermainkan penduduk Islam di sana. Tetapi Mubarak boleh buta melihat ribuan manusia dijandakan dan diyatimkan oleh entiti Zionis yang diketuai Olmert dan juak-juak pembantainya. Harapan untuk melihat Mubarak menjadi penakluk janganlah anda cuba bayangkan atau impikan. Hatta jangan impikan beliau jadi sekurang-kurangnya seperti Al-Malik Faisal atau Sultan Abd Hamid II. Kerana impian anda itu adalah impian yang secara zatnya sudah salah dan satu perkara yang sia-sia. Mubarak hanya layak menjadi seorang diktator dengan naratif seorang rejim penakut yang dipaksakan.
-------------------
1. Kelekakian
2. Seni kemungkinan-kemungkinan
3.Rancangan Charlie Rose adalah rancangan forum dan wawancara orang-orang prominen. Anda boleh tengok di Youtube. Taip sahaja nama ini.
1.
Tuesday, January 13, 2009
Ali Laban,'emansipasi kasut' dan Penyair Umayyah Kathir Aswad

Laban cakap bahasa Arab, Kathir pun sama. Laban mengajar di Al-Azhar. Dia dah banyak mendidik generasi sepeti Kathir diajar oleh Azza macam mana mahu buat perahan buah.
Kathir biasa letak kasut dekat luar kanvas kediamannya. Adapun ahli parlimen Ali Laban pula letak kasut di luar Maktab Irsyad Ikhwan. Sebab mungkin pak jaga maktab Ikhwan lebih suka jenama Itali kot?
Kasut Ali Laban yang dia mahu baling di dewan Parlimen ialah jenis moccasin. Kod kasut istimewa tersebut ialah ‘emansipasi’. Kasut saiz 45 ini istimewa bukan mudah radar nak kesan. Kalau di Tanta kasut jenis itu boleh kita dapat dengan harga 50-60 genih kalau pandai tawar mungkin 30 boleh dapat. Boleh digunakan di Parlimen, di kampus, ataupun demonstrasi kesatuan pedagang.
Kasut ‘istimewa’ itu juga boleh menyerbakkan bauan yang boleh menyebabkan anjing mati atau sekurang-kurangnya pengsan, bermakna ia boleh dibaling ke SB( baca:Siput Babi ataupun mukhabaraat baltajik). Memang orang-orang Ikhwan telah dilatih untuk berhadapan dengan musuh menggunakan kasut. Hehe mungkin?
Ustaz Mahdi Akef(tak kenal memang sah bukan ikhwan). Kata nak dijual kasut tu di bidding antarabangsa. Sebabnya, jadi isu besar kat dalam Maktab Irsyad Ikhwan. Yalah apa taknya… sorang kata “Boleh ke kita angkat kasut kat sebelah tangan, sebelah lagi angkat mushaf(baca:Al-Quran). Ada setengah kata “boleh aja, selagi hang angkat Quran kat tangan sebelah kanan”. Hahaha…
Kawan saya ada bisik-bisik. Ustaz Mahdi Akef punya kasut buatan Iran, bukan Itali. Hehehe..
---------------- :)
Moral: Biasalah manusia ada silap juga.. emo-emo ni biasalah
Menariknya: Orang-orang Ikhwan dengar sini.. Beradablah.. Makan nasihat dan beri nasihat macam yang Ustazuna Mahdi Akef buat.. Alhamdulillah Allah swt tunjukkan jalan ini untukku. Nikmat besar.
Sunday, January 11, 2009
أ و لست انسانا؟
Begitulah tajuk siri-siri buku percuma edaran Al-Zaytuna Institute For Studies and Consultations.Setakat ini sudah ada tiga siri buku yang boleh anda baca dan download bagi memahami isu Palestin. Jika anda boleh muat turun sebuah filem yang beratus 'byte' nya. Sedikit saja ruang yang anda perlukan bagi koleksi wajib ini. Buku-buku tentang studi Palestin harus dihadam oleh mereka yang sedar. Kerana kadang-kadang banyak fakta-fakta yang kita terima hasil dari pengaruh berita-berita berbentuk 'persepsi' dan tiada asas.
Dengan beratus-ratus yang syahid di medan Gaza. Anda boleh juga menyumbangkan 'otak' anda bagi menyelami kesusahan yang dihadapi mereka dengan lebih ilmiah. Malangnya, siri ini hanya terdapat satu sahaja terjemahan di dalam bahasa Inggeris, siri kedua dan ketiga belum lagi diterjemahkan. Jika anda boleh membaca bahasa Arab anda beruntung. dan bagi mereka yang tidak mampu buku-buku bahasa Inggeris keluaran Zaytuna Institute yang lain boleh anda miliki juga.
1. Studi-studi dan Laporan(klik untuk download)
The Suffering of Gaza Strip under the Israel siege(Inggeris)
Arabic version
A Vital Artery, or a Tool of Siege?(Arabic )
2. Siri-siri أو لست إنسانا؟(Am I not a human?)(klik untuk download)
The Israeli Racism(Arabic)
The Israeli Racism(English)
The Suffering of Palestinian women Under the Israeli Occupation(Arabic)
The Suffering of Palestinian children Under the Israeli Occupation(Arabic)
Studi-studi komprehensif yang lain, sila lawati: web Zaytuna Institute(klik)
untuk:
ITQAAN-CIPTMES
(Grup Studi Pemikiran Politik Islami dan Isu Timur Tengah)
Tuesday, January 6, 2009
Ke Syurga Wahai Rayyan
(Puisi untuk Syeikh Nizar Rayyan: syahid pada 1/1/2009)
Lewat durus El-Wara’
Engkau menanam perjuangan,
Kata-kata hikmat,
Meniupkan ruh di jiwa sukma.
Hentakan-hentakan arahan,
Kami penuhi dengan jiwa ketaatan,
Wahai qaid,
Wahai syeikh,
Kau suntikkan kasih berahi pada syahadah,
Yang berteman malu bidadari berpipi merah,
Seluruh hidupmu,
Hanya perjuangan,
Tiada secebis kecut,
Semangatmu lantang takkan luput,
Kan didengari sepanjang jalanan panjang.
Di tanah suci yang telah dinoda,
Menghilangkan kegembiraan zaman,
Kisahmu akan sentiasa bertandangan,
Di jiwa-jiwa pejuang,
Yang menagih kemenangan,
Selamat dikau wahai syeikh,
Selamat ke alam yang kekal abadi,
Selamat dikau wahai syeikh,
Wahai Rayyan untuk bidadari,
Ke syurgalah engkau wahai qaid yang kami sanjungi.
Zahid Naser
Syitaa' 2008, 2.37 pagi
Al-Azhar, Hamdi Qindil, Tantawi dan ‘Bodoh’
Selepas memarahi wartawan Amru El-Laithi dan menyifatkan mereka sebagai bodoh kerana menggemburkan gambarnya menyalami Shimon Perez November lepas, Tantawi cuba untuk kembalikan reputasi beliau dengan menyeru agar sekatan ke atas Gaza di tamatkan dan Israel mesti dihadapkan ke mahkamah antarabangsa. Ini berlaku sebulan yang lepas.. Fahmy Huwaydi mengkritik beliau bagaimana seorang ‘orang agama’ tidak sensitif langsung.. beliau menulis “Tangan yang menyalami Peres itu telah dibasahi dengan darah orang-orang Palestin bau-bau mayat mereka akan kekal di disitu”
Yang kelakarnya, Tantawi mengatakan beliau tidak tahu pun orang itu adalah Perez, lebih pandir lagi beliau mengatakan Perez yang datang pada beliau untuk berjabat tangan. Kadang-kadang susah hendak berdalih-dalih di zaman internet dan siber waktu ini. Berita-berita untuk mengetahui perkara sebenar senang saja mahu dicari. Akhbar internet harian Israel yang liberal Ynet. Melaporkan bukan Perez yang pergi kepadanya tetapi Syeikh Azhar itu sendiri yang mula berjabat. Jika tidak percaya akhbar Yahudi akal kita pun boleh fikir bagaimana seorang syeikh yang mewakili dunia Islam khabarnya boleh tidak mengetahui majlis perbezaan agama itu akan dihadiri orang-orang besar, Bush dan Shimon Perez.
Lebih ironi lagi, beliau bahkan mengatakan tidak tahu menahu tentang sekatan yang ada di Palestin. semua kenyataan beliau itu hanyalah bersifat politik yang mahu mengembalikan reputasi beliau yang sudah tercemar. Sarkas bukan? Begitulah halnya seorang Syeikh Al-Azhar yang sudah kelam kabut.
Peningnya Syeikh Al-Azhar memang sudah lama diketahui. Dari fatwa-fatwanya, dari kenyataan-kenyataannya, malahan beliau adalah seorang yang mengiktiraf negara haram Israel. Kata Dr. Abdel Wahid ketua bahagian kajian strategik dan politik Al-Ahram pada akhbar Al-Quds “ Kebingungan ini bukanlah satu perkara baru pada Syeikh Al-Azhar Syed Tantawi, itu memang adalah keperibadian beliau dan pola pemikiran yang ada pada dirinya”
Pengkritik media Hamdi Qindil di tv Satelit Arab secara sinis mengatakan:
- Ya, memang kami bodoh sebab kami masih lagi memikirkan tentang eksport gas kepada Israel.
- Ya, memang kami bodoh kenapa delegasi kewangan Mesir bertemu dengan Olmert di Universiti Tel Aviv
- Ya, bodoh kami menganggap betul dan biasa hubungan-hubungan kita dengan Mesir
Ketika tulisan ini ditulis, Syed Tantawi belum lagi secara terangan mengutuk dan menggesa OIC untuk sekurang-kurangnya melancarkan perang saraf dengan Israel, beliau belum lagi menyeru Mubarak untuk membuka sempadan Rafah, beliau belum lagi menyuruh pelajar Azhar bersama-sama membuat Qunut Nazilah ketika solat berjamaah di Masjid Al-Azhar. Itulah Syeikhuna Al-Azhar!
p/s: ya fakhamah syeikh, lau anta ta'lam, lau anta ta'lam, laitani fi zamani Ali Jadil Haq....
bayangkan jika Al-Azhar ditutup demi solidariti.
