Thursday, January 27, 2011
Rasa tidak enak
Tuesday, August 17, 2010
Du’at Yang Fikrahnya Dibonsaikan

Fikrah du’at itu memang jauh ke depan, dia mampu berfikir tinggi melangit idea-ideanya kreatif dan praktikal. Namun malang bila du’at sendiri yang membonsaikan fikrahnya. Sepatutnya fikrah itu rendang dan subur jadi tinggi dan mengeluarkan buah dan hasil ranum dan baik. Tapi bila dibonsaikan jadi kecil tak mahu tumbuh besar lagi.
Membonsaikan fikrah mudah. Anda hanya perlu menerima kejahilan. Biarkan kejahilan menghantui dan ketidakjelasan menyelubungi diri anda. Lagi anda hanya perlu menyogokkan ketakutan dalam jiwa. Takut untuk membaca dan memahami. Takut untuk kritis dan berfikir. Takut untuk menganalisa dan dianalisa. Kejahilan bila diterima dengan sempurna, anda tidak akan jadi bebas. Anda hanya seperti seorang soldadu paksaan. Dikerah dan dipaksa untuk menerima kejahilan dan ketidakjelasan. Jadilah soldadu itu pak turut yang tidak jelas fikrahnya. Memang ada fikrah tetapi tidak jelas, bahkan kadang-kadang menyalahi pula prinsip agama dalam praktisnya!
Lebih parah bila ia berlaku dalam amal Islami. Fikrah atau idea yang tidak jitu akan sentiasa diselubungi paranoia yang membimbangkan. Bila ada saja perkara asing yang bertandang terus dilabelkan sebagai musuh. Bila ada perkara pelik bertamu, terus dilabelkan sebagai sesat. Padahal fikrahnya yang memang bonsai!
Pepatah terkenal.
“Manusia itu selalunya menjadi musuh kepada apa yang dia tidak tahu!”
Nah, memang benar, ianya memang sebuah hakikat. Kerana kejahilan lantaran tidak mahu mempelajari dan memahami orang lain serta-merta dia melabel dengan label-label yang sebenarnya menunjukkan kebodohannya sendiri. Sejarah umat Islam memang sudah lama merakamkan hal-hal dan momen-momen seperti itu. Bahkan sampai ke hari ini, disebabkan fikrah yang jumud dan tidak mampu menghadami ilmu dan isu. Lantas kerja-kerjanya hanya dipondasi dari tiang-tiang rapuh yang hanya diteguhkan dengan fikrah-fikrah yang satahiah(surface) saja sifatnya. Tidak detil kerana takut untuk menyelam lebih dalam, atau mungkin sengaja malas nak menyelam lebih dalam.
Tidaklah kita menyalahkan mereka yang disogok dengan kejahilan dan ketidakjelasan walaupun memang ada bahagian kesalahan mereka. Namun mereka yang menyogok itulah yang memang kita kesalkan. Mereka yang menyogok ini adalah dari kalangan jeneral-jeneral, dan direktor-direktor. Layak seperti seorang Adolf Hitler atau Mussolini, mereka meyakinkan umat mereka dengan ketakutan. Mereka tidak mahu rakyat berfikir lebih. Apa yang mereka tahu fikrah mereka harus dilaksanakan walaupun jelas menyalahi prinsip. Dengan kuasa diktatorisme mereka paksakan juga hal yang menyalahi fitrah manusiawi. Dia memaksakan rasis, dia memaksakan perkauman, dia memaksakan autoritarian, dan dia membunuh mereka yang menyalahi ideanya. Dan kemudian mereka memberi justifikasi-justifikasi dari tokoh-tokoh yang mereka rasakan menyebelahi mereka. Bahkan kadang-kadang hanya dengan hawa nafsu mereka merobek tokoh-tokoh itu. Mereka gunakan nama tetapi menyorokkan hal sebenarnya. Kemudian biarkan simpati merajai pendokong-pendokong idea bonsai mereka.
Jadilah mereka itu berfikrah ‘takut’. Takut menghadapi fikrah berlawanan. Takut menghadapi fikrah yang berbeza. Takut menghadapi faham-faham lain. Kerana mereka memang malas dan ego. Merasa diri paling baik, takbur dan sombong dengan kerja-kerja yang mereka lakukan. Dan mereka cuba mencari perlepasan-perlepasan(tabrirat) diri dari kejahilan dan ketidakjelasan mereka sendiri.
Thursday, April 16, 2009
What's eating me?

It has been quite a long time to get me type-posting again on my blog, with all the distractions and problems came and gone, I had to keep low to settle up. And Alhamdulillah I did. And yet I got my serenity back.
Finale examination is also around the corner. It seems appear not very scary compared to the first examination we’ve been through last two years, same sphere but not the same approach. We don’t have to sit the English subject this year, and we all have been told that this Malaysian-favorite subject will be vanished forever. And the subject’s tension is once peculiar became a protest for some reason.
Meanwhile, beside the tension of the examination and the plenty of work are not done yet, the tension among the Shiite group Hizbollah and Egypt government is risen up, two week of the tension becoming hot since the critics from the Egypt’s ministers on Hizbollah politics. It was very clear the internal issues which fled up Beirut’s government seem very disturbing to this well-stubborn government.
In spite of cursing the Hizbollah for being radical, Egypt is not making any sense since the Rafah’s border strictly and hard to be accessed by either Palestinian or aid movement from all over the world. Not just that, it seemed Cairo’ meeting last month among Arab countries did not end with a very good solutions for both ‘denied-government’ Hamas and Fatah who is representing artificial-majority for now.
Frankly, I’m not backing up the Hizbollah in this hardly to understand condition whilst the investigation is still working on, but the major question is, why? Why did Hizbollah take that way. But after a few thinking I found that the decision was made maybe due to the pressure from their enemy, it is common sense, we will do anything to help our fellow brother and with this notion the operations worked as said by Hassan Nasrallah. But still lawfully their operations in Sinai are not accepted in this country. Moreover, after being caught it will be hard to Hizbollah to breath in this situation. Because the allegation they are holding up is a ‘big crime’ according to Egypt government.
We are happy to hear that in this circumstance, all the Egyptian MP agreed to say no to any subversive operation trial on Egyptian (like one of the accusation on Hizbollah but has been denied by Hassan Nasrallah). But we are happier if Egypt government ready to make a change in their policy towards Hamas. And we all know relying hope within Egypt government is not worth but we do rather hope beside do nothing.
Thursday, February 12, 2009
Al-Ikhwanofobia (I)

Fobia bukanlah teknologi ataupun ideologi, tetapi fobia adalah satu penyakit jiwa disebabkan oleh trauma ataupun satu jenis ketakutan yang melanda orang-orang tertentu. Ketakutan atau fobia ini ada macam-macam jenis dan nama, hydropfobia misalnya mewakili ketakutan kepada air, photofobia pula dikatakan satu jenis ketakutan terhadap sinaran cahaya. Mengikut doktor-doktor psikologi, jenis-jenis fobia ini dihidapi oleh manusia kerana pengalaman traumatik yang berlaku kepada pesakit. Akibat dari pengalaman itu pesakit tidak dapat melupakannya sehingga ia menjadi fenomena pada dirinya di saat pesakit berhadapan dengan situasi pengalaman yang berulang.
Pada awal 80-an atu 90-an satu fobia telah muncul, Islamofobia. Mungkin Salman Rushdie adalah orang yang mula menimbulkan Islamofobia, apabila reaksi terhadap perbuatannya bersifat agak radikal tanpa mendahulukan perbincangan.. Fenomena Islamofobia menjadi penyakit kepada masyarakat, penyakit Islamofobia dihidapi bukan hanya pada individu tapi boleh dikatakan ianya menjangkiti masyarakat. Ketakutan dan trauma kepada perkataan Islam berlaku apabila aktiviti-aktiviti keganasan yang berlaku di dunia dikaitkan dengan nama Islam, walaupun istilah Islamofobia itu diperdebat hangat oleh intelek-intelek dunia. Istilah itu masih diterima pakai dengan takrifan-takrifan yang digunakan oleh mereka yang mempercayai adanya Islamofobia.
Ramai tokoh-tokoh intelektual dan media barat berperanan penting dalam menyebarkan penyakit ini. bagi mereka ini isu-isu hangat di dunia harus dikaitkan dengan agama Islam, keganasan, kebrutalan, dan kemunduran pemikiran semuanya berpunca dari agama Islam, dan diatas isu-isu ini Islamofobia akhirnya dipaksakan masuk ke dalam pemikiran orang-orang barat dan memangsakan orang-orang Islam yang minoriti di barat dan majority di negara-negara mereka. Penyakit Islamofobia mencapai tahap paling teruk sewaktu kejadian 11 September, selepas kejadian itu Islamofobia diubati dengan hegemoni peluasan kuasa barat ke atas negeri-negeri orang Islam. Semuanya dilakukan atas nama mengubati Islamofobia!!
Antara tokoh terkenal yang ditohmah sebagai promoter fobia ini antaranya Daniel Pipes,walaupun beliau seorang yang dikatakan sebagai ‘orang pertengahan’ dalam hal ini. Dari tulisan beliau kita akan dapati Islam yang beliau iktiraf adalah Islam versi Saudi yang menentang sistem masyarakat sivil, boleh juga kita katakan Daniel Pipes adalah seorang penyokong tegar totalitarian. Sebagai seorang yang pro Israel, hal ini adalah satu perkara yang biasa, kerana mengikut Daniel Pipes dan yang seangkatan dengannya, orang Islam yang outspoken menentang kezaliman Zionis-Israel adalah mereka yang dinamakan pengganas, adapun istilah moderat Islam bagi Daniel Pipes adalah layak untuk disyaki, kerana bagi beliau moderat Islam yang ada seperti Yusuf Al-Qardawi adalah moderat Islam yang bertopeng dengan wajah Islamism yang menurut beliau menyembunyikan wajah radikal mereka.(lihat arkib website: www.islamophobia-watch.com)
Daniel Pipes bukanlah berseorangan dalam hal ini, banyak lagi ‘tokoh-tokoh’ barat yang lebih kurang serupa pola pemikirannya dengan beliau, seperti Geert Wilders dan Ayaan Hirsi Ali yang terkenal dengan video ‘tafsir al-quran’ mereka. Kita doakan agar mereka ini terpandu untuk lebih dalam memahami agama Islam(baca: Al-Quran dan Al-Sunnah)
Kita juga tidak boleh menyalahkan mereka secara pukul rata, kerana ulah sebahagian orang-orang Islam juga membantu penyakit ini merebak, keganasan yang dilakukan atas nama Islam, membunuh tahanan dalam penjara, tidak membenarkan wanita Islam memilih suaminya, merogol atas nama agama, dan macam-macam lagi kerja bodoh orang Islam yang menyebabkan agama ini menjadi penyakit bahaya kepada masyarakat. Kerana orang yang mempromosi penyakit ini cenderung mentafsir orang bukan pada bertanya dan perbincangan yang adil dan ikhlas untuk keadilan, kebenaran, dan demokrasi berpendapat. Selalunya dengan persepsi!
Sekarang ini ada fobia baru,fobia ini dihidapi oleh kebanyakan orang-orang kerajaan Mesir dan sebahagian besar masyarakat Mesir. Sama ada orang-orang kerajaan, orang-orang koptik atau polis-polis. Mereka takut kalau Ikhwanul Muslimin akan mengambil alih kuasa di Mesir. Apapun, bagi saya. Wallahu’alam, Ikhwanul Muslimin tidak akan dapat memerintah Mesir. Samada secara demokrasi ataupun pemberontakan. Saya bukan fobia pada Ikhwanul Muslimin, Cuma saya membuat analisis terhadap politik yang ada di Mesir. Natijah yang saya dapatkan ini adalah berdasarkan dari 3 sudut,
1) Sifat Ikhwan itu sendiri,
2) Negara,
3) Rakyat
bersambung.......sambil-sambil fikir...
p/s: Ini cerita politik
Saturday, January 17, 2009
Idealisma dan 'Ringan-Ringan'
Dunia Diwarnai oleh Orang Idealis
“Idealism is fine, but as it approaches reality, the costs become prohibitive.” -William f Buckley Jr-
Saya tidak tahu bagaimana standard idealisma seorang mahasiswa ataupun mahasiswi Al-Azhar. Apa yang penting orang yang paling idealistik bagi saya adalah Rasulullah s.a.w. Idealisma Rasulullah s.a.w menjangkau pemikiran seorang yang tipikal di zamannya. Quraish tidak pernah terfikir pun barangkali ajaran sihir yang mereka dakwa-dakwa itu sekarang ini sudah dipeluk oleh setengah dunia. Saya tidak fikir Rasululah s.a.w mampu berbuat begitu tanpa idealisma hebat yang ada pada diri beliau.
Orang tohmah saya idealis. Kah kah kah. Itu satu pujian bukan kenyataan retorik. Kah kah kah.
Kenapa suka yang ‘Ringan-Ringan’
Kalau pergi ke Kuala Lumpur, istilah ‘ringan-ringan’ ini biasa pada anak remaja. Ya lah namanya pun remaja. Hormon lelaki makin meningkat. Hormon perempuan pun meningkat. Agama ada. Maka ringan-ringan pun jadilah. Berat-berat ini kita tunggulah dulu.
Sama juga kalau anda pergi ke Bangsar, ringan-ringan juga yang jadi pilihan. Selalunya budak sekolah menengah yang suka bentuk ‘ringan-ringan’. Kalau mahasiswa, tengok dulu. ada golongan suka ‘ringan-ringan’ ada juga yang suka ‘berat-berat’. Golongan yang berat-berat ini di Malaysia mungkin kurang. Takkan sudah tua baru ghairah mahu buat yang yang ‘berat-berat’? Takkan orang yang biasa ke hotel Hilton saja atau yang ke Perpustakaan Negara saja yang suka ‘berat-berat’.
Saya suka dua-dua. Kadang-kadang yang ringan-ringan pun ada umphh juga buat penenang keletihan saya. Tetapi biasanya yang berat-berat menjadi pilihan. Sekarang ini saya sedang menghadam “The Interventions” karangan Noam Chomsky, mungkin buku-buku periksa pun boleh kata ‘berat-berat’ juga.
Dilema ‘ringan-ringan’ mahasiswa dengan yang ‘berat-berat’. kah kah kah, dilema yang tidak harus dilema. Otak muda hanya sekali, saratkan ia dengan yang berat-berat!!
p/s: Al-Quran dengan Al-Hadith tidak masuk dalam kategori ‘berat-berat’lah bahiya!! Fathi Aris Omar anda dapat kredit sedikit.
`
Sunday, January 11, 2009
أ و لست انسانا؟
Begitulah tajuk siri-siri buku percuma edaran Al-Zaytuna Institute For Studies and Consultations.Setakat ini sudah ada tiga siri buku yang boleh anda baca dan download bagi memahami isu Palestin. Jika anda boleh muat turun sebuah filem yang beratus 'byte' nya. Sedikit saja ruang yang anda perlukan bagi koleksi wajib ini. Buku-buku tentang studi Palestin harus dihadam oleh mereka yang sedar. Kerana kadang-kadang banyak fakta-fakta yang kita terima hasil dari pengaruh berita-berita berbentuk 'persepsi' dan tiada asas.
Dengan beratus-ratus yang syahid di medan Gaza. Anda boleh juga menyumbangkan 'otak' anda bagi menyelami kesusahan yang dihadapi mereka dengan lebih ilmiah. Malangnya, siri ini hanya terdapat satu sahaja terjemahan di dalam bahasa Inggeris, siri kedua dan ketiga belum lagi diterjemahkan. Jika anda boleh membaca bahasa Arab anda beruntung. dan bagi mereka yang tidak mampu buku-buku bahasa Inggeris keluaran Zaytuna Institute yang lain boleh anda miliki juga.
1. Studi-studi dan Laporan(klik untuk download)
The Suffering of Gaza Strip under the Israel siege(Inggeris)
Arabic version
A Vital Artery, or a Tool of Siege?(Arabic )
2. Siri-siri أو لست إنسانا؟(Am I not a human?)(klik untuk download)
The Israeli Racism(Arabic)
The Israeli Racism(English)
The Suffering of Palestinian women Under the Israeli Occupation(Arabic)
The Suffering of Palestinian children Under the Israeli Occupation(Arabic)
Studi-studi komprehensif yang lain, sila lawati: web Zaytuna Institute(klik)
untuk:
ITQAAN-CIPTMES
(Grup Studi Pemikiran Politik Islami dan Isu Timur Tengah)
Sunday, May 11, 2008
“Kami Sayang Mak Kami Hari-Hari”
Saya yang paling kecil dalam gambar ini(baby lagi) sedang didukung oleh Mak. Mak saya yang dicintai Norizan Bt Abdullah,
Minah Salleh tu Unt Helen she is Canadian. Last Year jumpa dia kata " You have grown and handsome like Naser".
Sejarah atau Hari Ibu mengundang polemik di kalangan idealis agama(Deen oriented) samada dari kalangan salafi, sufi, atau haraki. Wujud di kalangan mereka ini mengikut kebiasaan dan gambaran mereka dengan kata-kata,
“ Alah, kami ikut aja. Dah semua sambut, kami pun sambutlah, lagipun
Ada
“ We oppose this non-Islamic celebration”
Dan pelbagai lagi. Adapun orang-orang awam yang tidak biasa kenal terminologi Salafi atau Bid’ah, mereka merasakan ianya seperti satu kemestian untuk menyambut hari Ibu. Seperti juga hari-hari yang lain. Valentine, Maulid, Hari Buruh dan macam-macam hari lagi yang ada di cakerawala ini. Rasanyalah, kalau dikira semua hari ‘istimewa’ ini di jadikan cuti awam alamat tidak bekerjalah manusia seantero bumi. Mereka ini seperti di awal tadi saya namakan sebagai orang Melayu atau awam yang tipikal.
Saya tidak mahu campur dalam isu ini. Cuma kepada mereka yang ada fikrah Islam dan benar-benar kaji ilmu-ilmunya. Ketika anda mempersembahkan satu-satu isu itu mestilah dengan penuh hikmah. Masyarakat awam yang tipikal sebenarnya boleh dibentuk kalau kena caranya. Anda juga mestilah sentiasa up-to date di dalam menerima pendapat dan mengkaji pendapat orang lain. Dan bila sudah mengkaji dan mem-banding-banding dan akhirnya anda sendiri yang memilih. Pilihan anda pendirian anda.
Ya, bagi sesiapa yang tidak tahu. Memang sebahagian ulama’ mengatakan menyambut hari Ibu ini adalah Bid’ah(jangan terkejut bagi mereka yang baru dengar, entah-entah bid’ah pun tidak pernah didengari). Dan di
Cari sejarah hari-hari itu, cari sebab-sebab dan alasan yang berkaitan. Dan kemudian come-out dengan satu pegangan atau pendirian. Percayalah anda sudah menjadi seperti saya, anda telah berjaya meletakkan diri anda di satu tahap yang bukan lagi tipikal!!(angkat bakul masuk sendiri).
Cuma, selepas ini anda jangan pula gelabah jika ada orang yang tidak bersetuju dengan pendirian anda. Anda terima dengan perbincangan, bicara dan hati yang ikhlas dan terbuka. Percayalah anda akan dapat menerima kebenaran dan kebaikan.
Adapun pendirian saya… bukan tipikal dan saya kata loudly:
“Saya sayang, rindu, suka mak saya tiap-tiap hari. There are no days that I don’t love her!!!!"
Saya bangga dengan pendirian saya ini. Sayang ibu anda tiap-tiap hari!! macam saya.
