
Friday, September 17, 2010
Khaledku Sayang

Monday, September 6, 2010
Ihsan Ilahi Zahir, Teolog Yang Pemberani
"Dia dibom mati oleh penganut Syiah di Pakistan!"
Sunday, August 29, 2010
Gamitan
Semuanya Baik
"Pelik dengan hal seorang mukmin itu yang urusannya tidak ada yang tidak baik, tidak ada hal yang sedemikian melainkan kepada hanya orang yang beriman, jika dia dilimpahi kesenangan dan kegembiraan, dia beryukur kepada Allah ta'ala, kerana dia menerima dengan hal itu sebagai yang terbaik baginya, dan jika berlaku hal yang mudarat kepadanya dia bersabar, dia tahu ia adalah yang terbaik untuknya"
Tuesday, August 17, 2010
Du’at Yang Fikrahnya Dibonsaikan

Fikrah du’at itu memang jauh ke depan, dia mampu berfikir tinggi melangit idea-ideanya kreatif dan praktikal. Namun malang bila du’at sendiri yang membonsaikan fikrahnya. Sepatutnya fikrah itu rendang dan subur jadi tinggi dan mengeluarkan buah dan hasil ranum dan baik. Tapi bila dibonsaikan jadi kecil tak mahu tumbuh besar lagi.
Membonsaikan fikrah mudah. Anda hanya perlu menerima kejahilan. Biarkan kejahilan menghantui dan ketidakjelasan menyelubungi diri anda. Lagi anda hanya perlu menyogokkan ketakutan dalam jiwa. Takut untuk membaca dan memahami. Takut untuk kritis dan berfikir. Takut untuk menganalisa dan dianalisa. Kejahilan bila diterima dengan sempurna, anda tidak akan jadi bebas. Anda hanya seperti seorang soldadu paksaan. Dikerah dan dipaksa untuk menerima kejahilan dan ketidakjelasan. Jadilah soldadu itu pak turut yang tidak jelas fikrahnya. Memang ada fikrah tetapi tidak jelas, bahkan kadang-kadang menyalahi pula prinsip agama dalam praktisnya!
Lebih parah bila ia berlaku dalam amal Islami. Fikrah atau idea yang tidak jitu akan sentiasa diselubungi paranoia yang membimbangkan. Bila ada saja perkara asing yang bertandang terus dilabelkan sebagai musuh. Bila ada perkara pelik bertamu, terus dilabelkan sebagai sesat. Padahal fikrahnya yang memang bonsai!
Pepatah terkenal.
“Manusia itu selalunya menjadi musuh kepada apa yang dia tidak tahu!”
Nah, memang benar, ianya memang sebuah hakikat. Kerana kejahilan lantaran tidak mahu mempelajari dan memahami orang lain serta-merta dia melabel dengan label-label yang sebenarnya menunjukkan kebodohannya sendiri. Sejarah umat Islam memang sudah lama merakamkan hal-hal dan momen-momen seperti itu. Bahkan sampai ke hari ini, disebabkan fikrah yang jumud dan tidak mampu menghadami ilmu dan isu. Lantas kerja-kerjanya hanya dipondasi dari tiang-tiang rapuh yang hanya diteguhkan dengan fikrah-fikrah yang satahiah(surface) saja sifatnya. Tidak detil kerana takut untuk menyelam lebih dalam, atau mungkin sengaja malas nak menyelam lebih dalam.
Tidaklah kita menyalahkan mereka yang disogok dengan kejahilan dan ketidakjelasan walaupun memang ada bahagian kesalahan mereka. Namun mereka yang menyogok itulah yang memang kita kesalkan. Mereka yang menyogok ini adalah dari kalangan jeneral-jeneral, dan direktor-direktor. Layak seperti seorang Adolf Hitler atau Mussolini, mereka meyakinkan umat mereka dengan ketakutan. Mereka tidak mahu rakyat berfikir lebih. Apa yang mereka tahu fikrah mereka harus dilaksanakan walaupun jelas menyalahi prinsip. Dengan kuasa diktatorisme mereka paksakan juga hal yang menyalahi fitrah manusiawi. Dia memaksakan rasis, dia memaksakan perkauman, dia memaksakan autoritarian, dan dia membunuh mereka yang menyalahi ideanya. Dan kemudian mereka memberi justifikasi-justifikasi dari tokoh-tokoh yang mereka rasakan menyebelahi mereka. Bahkan kadang-kadang hanya dengan hawa nafsu mereka merobek tokoh-tokoh itu. Mereka gunakan nama tetapi menyorokkan hal sebenarnya. Kemudian biarkan simpati merajai pendokong-pendokong idea bonsai mereka.
Jadilah mereka itu berfikrah ‘takut’. Takut menghadapi fikrah berlawanan. Takut menghadapi fikrah yang berbeza. Takut menghadapi faham-faham lain. Kerana mereka memang malas dan ego. Merasa diri paling baik, takbur dan sombong dengan kerja-kerja yang mereka lakukan. Dan mereka cuba mencari perlepasan-perlepasan(tabrirat) diri dari kejahilan dan ketidakjelasan mereka sendiri.
Saturday, August 14, 2010
Hati Menangis Gembira
Thursday, August 12, 2010
Perkongsian Seorang Relawan Mavi Marmara: Ust Hj Ferry Nur



Tuesday, August 10, 2010
Pantun Ramadhan
"Buah durian di atas peti;Disantap dengan santan dan pulut;Bulan Ramadhan sedang menanti;Tidur mati memang tak patut.Encik Awang suka motokar;Motokar baru dibeli satu;Malam besar malam Al-Qadar;Carilah, jangan sampai berlalu.Mencari rusa di rimba di gurun;Berjumpa hanya dengan si kancil;Jika sahur tak bangun-bangun;Berkat pahala hilang di katil.Di puncak gunung ada helang;Di kaki gunung ada belalang;Kalau cinta sudahlah datang;Ramadhan diraih bila menjelang. "
Wednesday, July 28, 2010
Ia Mengajar Kita Thabat
"البحر و الشاطئ يعلماننا الثبات"
Maka hati berkata.. Bila melihat laut dan pantai
Memang indah.. Dan mengharukan..
Indah di mata kita dengan kehebatan… Mengharukan hati bila menyadari bahwa pantai dan lautan itu sedang berkata-kata , sedang memberikan tanda besar.
Berapa ramai dari kita menyedari dari pantai dan lautan itu ada pengajaran besar.. Sungguh ia pengajaran berharga..
"Pantai dan lautan penuh dengan ‘kethabatan’."
Thabat darat dengan lautan biru
Thabat buihnya mengamankan pepasir pantai…
Begitulah seorang pejuang dengan perjuangannya.
Seorang da’ei dengan dakwahnya..
Thabat dengan sahabat-sahabat juangnya…
Bagaikan lautan yang takkan terpisah dari pantai membiru..
Tuesday, July 27, 2010
Tadabbur

"Dan jika kita melihat laut dan pantai.Jika kita melihat malam dan bulan.Jika kita merasai panas dan tahu adanya matahari."
"Dan pada bumi itu sebagai tanda-tanda bagi mereka yang yakin, dan pada diri kamu itu, apakah kamu tidak melihatnya, dan pada langit yang padanya rezeki dan apa yang telah dijanjikan untuk kamu,"(Azzariyaat:20-22)
"Lafaz dari hati tidak memerlukan keizinan pun dari hati yang lain untuk memasukinya."
Friday, January 1, 2010
Tahun, Asabiyyah Mesir, Zahid dan Qaranfulah

Kalau Malaysia itu Mesir
Tup tap.. 4 tahun sudah berlalu,Pelbagai cerita cinta dan cita-cita diharung,ada kisah sedih, ada kisah gembira, ada cerita lucu yang menjadi pengalaman hidup sepanjang pelayaran bukaloriyus ini. Harapannya selesai dengan tepat waktu dan ada permata yang dapat digilap. Pelayaran majistir nampaknya amat menarik hati dan mengujakan. Di samping, saudara-saudara yang sentiasa ada memberi motivasi pada diri dan aku seperti mantap untuk terus dengan pelayaran keilmuan ini.
Mesir yang menunjukkan ketulenan 'asabiyyah'nya telah menyebabkan perasaan kita tidak keruan. Dan kita merasa suka mendengar suara garang para wakil rakyat dari Ikhwan Al-Muslimin dan bebas yang menjunjung nasionalism yang tidak sempit dalam dewan parlimen Mesir. ucapan tahniah diuucapkan kepada mereka!
Kesempitan waktu menjadi alasanku untuk lama tidak perbaharui tulisan-tulisan dalam blog ini, karena terkadang mahasiswa Al-Azhar itu punya waktu lapang pada fatrah imtihannya, karena waktu itulah banyak program akan diberhentikan seketika sehingga selesai peperiksaan. Dan aku tergolong dalam golongan itu. Disebabkan tidak boleh tinggal diam, aku rasakan waktu-waktu rehatku setelah penat mentelaah pelajaran harus dipenuhi dengan mengetik papan kekunci di blog usang ini.
Sebahagian besar dari ulama-ulama besar dari Al-Azhar telah mengeluarkan suara berani mengatakan tembok perkauman di Rafah itu adalah haram ke atas kerajaan Mesir, namun ada pula suara 'rasmi'atau 'autoriti' agama mengatakan ulama-ulama itu tidak detil dalam mengeluarkan fatwa. Lucu benar melihat autoriti agama ini. Mungkin falsafah Hobbes lewat Leviathan yang cenderung dengan kekuasaan obsolut monarki yang diwakili gereja di era feudal dulu masih menebal. Dan itu seakan-akan menjadi teori yang sedia terlaksana dalam pemikiran autoriti agama kita. Apakah pendirian JAKIM, JAIS, JAIP, dan yang sama waktu dengannya jika Malaysia itu letaknya di sebelah Libya dan Sudan dan Kelantan adalah negeri yang bersempadan dengan Palestin... Apakah pendirian mereka ya?
Asabiyyah Mesir itu jugalah yang menjadi tunjang autoriti agama untuk mengiyakan perbuatan menghalang usaha membantu rakyat Palestin. Dan mereka yang berebut-rebut untuk mencumbui asabiyyah ini tidak pernah melihat nilai-nilai norma keinsanan lantaran takut dan gentar menghadapi kemungkinan. Mereka menikus kerana masing-masing ada kepentingan politik dan harta, perniagaan sendiri, rasuah Amerika, keuntungan dari Israel.... Dan macam-macam lagi material yang menggelapkan mata dan hati.
Dan Qaranfulah berguguran..
berteman becak di tengah jalan
mati dan layu dipijak kaki insan
dan esok pucuk baru muncul
tanda cerita baru sedang mula
lautan kisah, akan jadi sempadan
dalam medan baru, semangat kita sematkan
dengan seluruh doa dan pengharapan
Toob Ramly, imarah 7, 1 jan 2010
Sunday, December 20, 2009
Harapanku pada Khairaat


Harapanku pada Khairaat
Di pagi yang bintangnya gusar menemani sang ayah
Lahir seorang Khairaat penuh berkah
Menjadi tanda cinta Suhail dan Hasanah
Aku melihat kelip-kelip mata
Pada anak kecil itu penuh erti dan makna
Justeru di dokongan pundak pejuang
Jihad ku lihat di kecil tapak tangan meruah riang
Dunia rasa suka selepas sukar
Percayalah genggam kecil itu akan menggencar makar
Kefasadan akan diganti dengan kebaikan
Aku doakan kepada ibu dan ayahnya kebahagiaan
Harapan yang menggunung pada anak kecil itu
Pasti direalisasi pada asuhan lembut tangan ibu
Bersaksikan mata ketegasan ayah
Di samping saudara-saudara di sepanjang jalan dakwah
Titik mula tarbiyah bermula bagi keluarga himmah
Siaplah anak kecil yang aku sayangi, siaplah pada susah
menyokong kebenaran dan menepis batil yang amarah
Beruntunglah seorang ibu, yang hidupnya ada Khairaat di sebelah
Beruntunglah seorang ayah, yang ada Khairaat sedia memisah
Antara cinta dunia dan kasih pada akhirah.
Di samping Masjid Salam, Bawabah Ula, selesai subuh dingin.
Sunday, December 6, 2009
Nur dan Kegelapan yang Pelbagai

Adalah menjadi lumrah, untuk zulumat-zulumat tidak dapat bercampur dengan sebuah cahaya yang terang benderang. Pasti cahaya yang terang benderang jika besar dan jelas akan terus memadamkan zulumat yang membutakan mata.
Manusia lumrahnya tidak suka akan kebutaan, zulumat, dan kegelapan. Mereka adalah fitrah yang memerlukan cahaya justeru untuk melihat, mentafsir dan memberikan analisa. Pun, terkadang ada juga di kalangan manusia yang sedaya upaya mahu memasuki ke dalam lembah kegelapan lantaran sudah buta, mata dan hatinya, iman yang bagaikan cahaya api terpadam begitu saja kerana nafsu yang hidup di tengah zulumat lebih menarik untuk ditelek dan dijilat rata.
"Allah ta'ala akan sentiasa memberi jalan kepada orang mukmin dengan mengeluarkan mereka dari zulumat(kegelapan) kepada sebuah cahaya. Manakala orang-orang kafir penjaga mereka adalah thaghut(syaitan dan kejahatan) yang mengeluarkan mereka dari sebuah cahaya kepada kegelapan-kegelapan, mereka itulah ahli-ahli neraka. Dan mereka akan berada di dalamnya selama-lamanya"(Al-Baqarah:258)
Manusia-manusia yang hatinya sudah terpadam daripada kebenaran dengan senang menyimpang dari jalan lurus. Mereka menjustifikasi setiap perbuatan mereka untuk sebuah penghalalan segala cara. Dan dengan semberono melakukan maksiat kepada Allah.
Syaitan dan nafsu telah membuatkan pandangan mereka kabur dengan hiasan-hiasan dan kebenaran yang telah dipalsukan, mereka sudah tidak dapat membezakan antara hak dan kebatilan, mereka lebih suka mendokong kemaksiatan dan mencebur dalam ketidakjelasan dek kerana khayalan-khayalan rekaan sendiri, dan Dzon-dzon yang direkayasa.
Kegelapan kufur adalah bermacam-macam, akan tetapi cahaya Allah ta'ala dalam bentuk hidayahNya adalah satu. Kegelapan yang bermacam-macam itu semuanya adalah batil kerana kufur kepada Allah ta'ala dihias oleh syaitan dengan segala macam bentuk. Syaitan tidak sedikit pun boleh memadamkan kebenaran tetapi dia dengan senang memesongkan pandangan manusia dari kebenaran kepada zulumat-zulumat yang menipu.
"Dan sesungguhnya ini adalah jalanku yang lurus, ikutlah ia! Dan jangan kalian ikuti jalan-jalan yang bermacam-macam kalian akan berpecah-pecah dengannya daripada jalanku yang lurus. Itulah wasiat dari Allah ta'ala agar kalian bertaqwa"(Al-An'aam:153)
Thursday, April 16, 2009
What's eating me?

It has been quite a long time to get me type-posting again on my blog, with all the distractions and problems came and gone, I had to keep low to settle up. And Alhamdulillah I did. And yet I got my serenity back.
Finale examination is also around the corner. It seems appear not very scary compared to the first examination we’ve been through last two years, same sphere but not the same approach. We don’t have to sit the English subject this year, and we all have been told that this Malaysian-favorite subject will be vanished forever. And the subject’s tension is once peculiar became a protest for some reason.
Meanwhile, beside the tension of the examination and the plenty of work are not done yet, the tension among the Shiite group Hizbollah and Egypt government is risen up, two week of the tension becoming hot since the critics from the Egypt’s ministers on Hizbollah politics. It was very clear the internal issues which fled up Beirut’s government seem very disturbing to this well-stubborn government.
In spite of cursing the Hizbollah for being radical, Egypt is not making any sense since the Rafah’s border strictly and hard to be accessed by either Palestinian or aid movement from all over the world. Not just that, it seemed Cairo’ meeting last month among Arab countries did not end with a very good solutions for both ‘denied-government’ Hamas and Fatah who is representing artificial-majority for now.
Frankly, I’m not backing up the Hizbollah in this hardly to understand condition whilst the investigation is still working on, but the major question is, why? Why did Hizbollah take that way. But after a few thinking I found that the decision was made maybe due to the pressure from their enemy, it is common sense, we will do anything to help our fellow brother and with this notion the operations worked as said by Hassan Nasrallah. But still lawfully their operations in Sinai are not accepted in this country. Moreover, after being caught it will be hard to Hizbollah to breath in this situation. Because the allegation they are holding up is a ‘big crime’ according to Egypt government.
We are happy to hear that in this circumstance, all the Egyptian MP agreed to say no to any subversive operation trial on Egyptian (like one of the accusation on Hizbollah but has been denied by Hassan Nasrallah). But we are happier if Egypt government ready to make a change in their policy towards Hamas. And we all know relying hope within Egypt government is not worth but we do rather hope beside do nothing.
Sunday, February 22, 2009
Animal Bussiness
I found that Nik Aziz is really learned-humoristic in all his way, his commentary on Ibrahim Ali caught my laugh. It was very sure there is one of Lembu Korban Khalid was separated from his ‘verily’ owner. Yeah, it was Ibrahim Ali that could be the one of those Lembu,
When asked by reporter about The Outspoken Ibrahim Ali, all he said was:
“Ya lah kito ni buke Lembu hok jale merayak tak tentu halo, make sano-sini, berok sano-sini, doh tahu kita ade kawe ado tue, duduk die-die jange dok buak malu tue nge kawe-kawe, kalu dok berok tengoh jale tu tak po lagi, jange oghe mari sembelih ajo dah la, kito ni manusio buke lembu..”(with some moderations)
See, Ibrahim Ali as one of the incumbent and member of parliament won in the March election, voted by PAS(Islamic Party) ticket after Nik Aziz agreed to give him a chance, then switched to represent free-sided in the Parliament. With his well-known behavior to excessively criticize PR in the Parliament, Ibrahim Ali then called by Nik Aziz as Lembu. The fattest lembu(I think) in the herd with Khalid as the shepherd(still not proven)
I think not only him Lembu in the Parliament or DUN(Dewan Undangan Negeri), there is another Lembu besides the Orang Utan, Monyet, Katak, and the Babi. . (I’ll leave all the guesses to you),
Now, in Malaysia, all political scientist rather appeared veterinar than political scientist because they are actually analyzing or researching the animal not exactly a humanly creature. And to them it is yet not the politics business but it is all about animal business.
The Evolution theories that were enunciated by Darwin actually works backward and only happens in Malaysian Parliament. And not surprised and never shocked if the mammals could be the amphibians in the same time and so two-footed creature could evolve to four-footed creature.
Hahahaha.. friend don’t be so celupar.. see, what happened.. hahaha.
The question is, is it a nature of politics(human turns animal)?
The answer is yes, this is what politics could be, teased, labeled, slandered, only the firmest men will survive in this thornish world, for me, the full of dignity and principled politician will end up the journey not just fine but will be remembered forever.
Thursday, February 12, 2009
Al-Ikhwanofobia (I)

Fobia bukanlah teknologi ataupun ideologi, tetapi fobia adalah satu penyakit jiwa disebabkan oleh trauma ataupun satu jenis ketakutan yang melanda orang-orang tertentu. Ketakutan atau fobia ini ada macam-macam jenis dan nama, hydropfobia misalnya mewakili ketakutan kepada air, photofobia pula dikatakan satu jenis ketakutan terhadap sinaran cahaya. Mengikut doktor-doktor psikologi, jenis-jenis fobia ini dihidapi oleh manusia kerana pengalaman traumatik yang berlaku kepada pesakit. Akibat dari pengalaman itu pesakit tidak dapat melupakannya sehingga ia menjadi fenomena pada dirinya di saat pesakit berhadapan dengan situasi pengalaman yang berulang.
Pada awal 80-an atu 90-an satu fobia telah muncul, Islamofobia. Mungkin Salman Rushdie adalah orang yang mula menimbulkan Islamofobia, apabila reaksi terhadap perbuatannya bersifat agak radikal tanpa mendahulukan perbincangan.. Fenomena Islamofobia menjadi penyakit kepada masyarakat, penyakit Islamofobia dihidapi bukan hanya pada individu tapi boleh dikatakan ianya menjangkiti masyarakat. Ketakutan dan trauma kepada perkataan Islam berlaku apabila aktiviti-aktiviti keganasan yang berlaku di dunia dikaitkan dengan nama Islam, walaupun istilah Islamofobia itu diperdebat hangat oleh intelek-intelek dunia. Istilah itu masih diterima pakai dengan takrifan-takrifan yang digunakan oleh mereka yang mempercayai adanya Islamofobia.
Ramai tokoh-tokoh intelektual dan media barat berperanan penting dalam menyebarkan penyakit ini. bagi mereka ini isu-isu hangat di dunia harus dikaitkan dengan agama Islam, keganasan, kebrutalan, dan kemunduran pemikiran semuanya berpunca dari agama Islam, dan diatas isu-isu ini Islamofobia akhirnya dipaksakan masuk ke dalam pemikiran orang-orang barat dan memangsakan orang-orang Islam yang minoriti di barat dan majority di negara-negara mereka. Penyakit Islamofobia mencapai tahap paling teruk sewaktu kejadian 11 September, selepas kejadian itu Islamofobia diubati dengan hegemoni peluasan kuasa barat ke atas negeri-negeri orang Islam. Semuanya dilakukan atas nama mengubati Islamofobia!!
Antara tokoh terkenal yang ditohmah sebagai promoter fobia ini antaranya Daniel Pipes,walaupun beliau seorang yang dikatakan sebagai ‘orang pertengahan’ dalam hal ini. Dari tulisan beliau kita akan dapati Islam yang beliau iktiraf adalah Islam versi Saudi yang menentang sistem masyarakat sivil, boleh juga kita katakan Daniel Pipes adalah seorang penyokong tegar totalitarian. Sebagai seorang yang pro Israel, hal ini adalah satu perkara yang biasa, kerana mengikut Daniel Pipes dan yang seangkatan dengannya, orang Islam yang outspoken menentang kezaliman Zionis-Israel adalah mereka yang dinamakan pengganas, adapun istilah moderat Islam bagi Daniel Pipes adalah layak untuk disyaki, kerana bagi beliau moderat Islam yang ada seperti Yusuf Al-Qardawi adalah moderat Islam yang bertopeng dengan wajah Islamism yang menurut beliau menyembunyikan wajah radikal mereka.(lihat arkib website: www.islamophobia-watch.com)
Daniel Pipes bukanlah berseorangan dalam hal ini, banyak lagi ‘tokoh-tokoh’ barat yang lebih kurang serupa pola pemikirannya dengan beliau, seperti Geert Wilders dan Ayaan Hirsi Ali yang terkenal dengan video ‘tafsir al-quran’ mereka. Kita doakan agar mereka ini terpandu untuk lebih dalam memahami agama Islam(baca: Al-Quran dan Al-Sunnah)
Kita juga tidak boleh menyalahkan mereka secara pukul rata, kerana ulah sebahagian orang-orang Islam juga membantu penyakit ini merebak, keganasan yang dilakukan atas nama Islam, membunuh tahanan dalam penjara, tidak membenarkan wanita Islam memilih suaminya, merogol atas nama agama, dan macam-macam lagi kerja bodoh orang Islam yang menyebabkan agama ini menjadi penyakit bahaya kepada masyarakat. Kerana orang yang mempromosi penyakit ini cenderung mentafsir orang bukan pada bertanya dan perbincangan yang adil dan ikhlas untuk keadilan, kebenaran, dan demokrasi berpendapat. Selalunya dengan persepsi!
Sekarang ini ada fobia baru,fobia ini dihidapi oleh kebanyakan orang-orang kerajaan Mesir dan sebahagian besar masyarakat Mesir. Sama ada orang-orang kerajaan, orang-orang koptik atau polis-polis. Mereka takut kalau Ikhwanul Muslimin akan mengambil alih kuasa di Mesir. Apapun, bagi saya. Wallahu’alam, Ikhwanul Muslimin tidak akan dapat memerintah Mesir. Samada secara demokrasi ataupun pemberontakan. Saya bukan fobia pada Ikhwanul Muslimin, Cuma saya membuat analisis terhadap politik yang ada di Mesir. Natijah yang saya dapatkan ini adalah berdasarkan dari 3 sudut,
1) Sifat Ikhwan itu sendiri,
2) Negara,
3) Rakyat
bersambung.......sambil-sambil fikir...
p/s: Ini cerita politik
Tuesday, January 27, 2009
Sajak Rendra dan Protes Sosialnya

WS Rendra 'Si Burung Merak'
“…..
Aku menyaksikan zaman berjalan kalangkabutan.
Aku melihat waktu melaju melanda masyarakatku.
Aku merindukan wajahmu,
dan aku melihat wajah-wajah berdarah para mahasiswa.
Kampus telah diserbu mobil berlapis baja.
Kata-kata telah dilawan dengan senjata.
Aku muak dengan gaya keamanan semacam ini.
Kenapa keamanan justru menciptakan ketakutan dan ketegangan
Sumber keamanan seharusnya hukum dan akal sehat.
Keamanan yang berdasarkan senjata dan kekuasaan adalah penindasan,
…………………….”
Pejambon, Jakarta, 28 April 1978
Pamphlet Cinta, WS Rendra
Sejak akhir-akhir ini saya gemar sekali membaca sajak-sajak nukilan Rendra, penyajak yang bijak menyatakan perasaannya terhadap bangsa Indonesia lewat sajak cinta. Rakaman-rakaman peristiwa yang dinukil oleh Rendra harus tidak dipandang enteng oleh semua yang cintakan kebebasan dan bahasa kemerdekaan individu.
Pemerintahan yang lemah adalah pemerintahan dibawah ketua yang penakut dan bodoh. Pemerintahan berani adalah pemerintahan yang yang diketuai oleh ketua yang berani dan bijak. Pemerintah bijak mahukan rakyatnya menjadi bijak bukan menjadi bodoh. Jika ada usaha pembodohan berlaku dalam sebuah pemerintahan maka dengan mudah kita dapat menilai kelayakan dan kekuatan sebuah kerajaan. Kerajaan itu adalah kerajaan yang jahil dan mandul.
Keamanan yang selalu disebut Mubarak ialah apabila polis berjaya menangkap sekumpulan pelajar yang melaksanakan demonstrasi aman. Ini diungkap oleh Rendra sebagai sebuah kempen pembodohan terhadap sivil. Sama juga dalam protesnya terhadap rajul amni Indonesia, protes itu diekspresi oleh beliau dengan kata muak. Mungkin Rendra sudah muak dengan pembodohan yang dilakukan Mas Harto.
Kita juga harus jadi seperti Rendra, kita juga mesti muak dengan ‘keamanan’ versi Mubarak, kita juga harus muak dengan gerak-geri rijal amni. Sfera ketakutan yang melanda diri mahasiswa di lembah Nil ini harus dibuang jauh-jauh. Hanya kroni-kroni Mubarak saja yang berpeluk dan menjilat-jilat ‘keamanan’ Mesir. Walhal, umum sudah tahu kezaliman polisi undang-undang darurat Mubarak. Lafaz protes Rendra adalah tazkirah untuk kita. Nasihat seorang biasa kepada orang biasa juga.
Janganlah menjadi kroni. Mencumbui ghairah kezaliman.
Saturday, January 24, 2009
Nabi Tidak Berbakat Pun
وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنبَغِي لَهُ......"1 "
Muhammad tidak ada bakat pun mengarang sajak, tabiatnya pun bukan penyajak. Waktu-waktunya pun sebelum bergelar utusan bukan dihabiskan dengan Umayyah Bin Abi Salt, bukan dengan Hasan Bin Thabit, ataupun dengan Nabighah Al-Zubyani. Muhammad tidak ada khayalan seperti mereka-mereka itu. Khayalan milik Umru El-Qais mungkin lebih hebat dari Muhammad. Akan tetapi Muhammad, salam ke atas sosoknya. Datang dengan risalah mulia, dia mewakili sebuah wahyu besar lagi cantik.
Segala perkataan yang dilontarkan dari mulut Muhammad lebih cantik dari syair lebih tertonjol dari segala sastera, lebih cantik dari cantik-cantik yang ada. Perkataan-perkataan Al-Quran yang melemahkan dan mendiamkan segala macam penyajak, membisukan penyair, mengagumkan cendekiawan.
Apabila menggelegak fikiran seseorang di dalam bekas,#
Maka kebaikannya telah mencair di dalam likat lintasan hatinya#
------------------------------
1. Yasiin:69
* cebisan dari 'Ishraqaat' karangan Dr Aidh Al-Qarni
Thursday, January 22, 2009
Angin Ketakutan
Angin dingin meratap hiba,
Membawa debu-debu fosforus,
Di celahan sayup derita,
Melambang kusut kehilangan penuh duka.
Soldadu kezaliman,
Menderam kasar,
Merobek merdeka,
Dari ketakutan si cilik dan wanita.
Zahid Naser
Musim Sejuk 2008
Saturday, January 17, 2009
Idealisma dan 'Ringan-Ringan'
Dunia Diwarnai oleh Orang Idealis
“Idealism is fine, but as it approaches reality, the costs become prohibitive.” -William f Buckley Jr-
Saya tidak tahu bagaimana standard idealisma seorang mahasiswa ataupun mahasiswi Al-Azhar. Apa yang penting orang yang paling idealistik bagi saya adalah Rasulullah s.a.w. Idealisma Rasulullah s.a.w menjangkau pemikiran seorang yang tipikal di zamannya. Quraish tidak pernah terfikir pun barangkali ajaran sihir yang mereka dakwa-dakwa itu sekarang ini sudah dipeluk oleh setengah dunia. Saya tidak fikir Rasululah s.a.w mampu berbuat begitu tanpa idealisma hebat yang ada pada diri beliau.
Orang tohmah saya idealis. Kah kah kah. Itu satu pujian bukan kenyataan retorik. Kah kah kah.
Kenapa suka yang ‘Ringan-Ringan’
Kalau pergi ke Kuala Lumpur, istilah ‘ringan-ringan’ ini biasa pada anak remaja. Ya lah namanya pun remaja. Hormon lelaki makin meningkat. Hormon perempuan pun meningkat. Agama ada. Maka ringan-ringan pun jadilah. Berat-berat ini kita tunggulah dulu.
Sama juga kalau anda pergi ke Bangsar, ringan-ringan juga yang jadi pilihan. Selalunya budak sekolah menengah yang suka bentuk ‘ringan-ringan’. Kalau mahasiswa, tengok dulu. ada golongan suka ‘ringan-ringan’ ada juga yang suka ‘berat-berat’. Golongan yang berat-berat ini di Malaysia mungkin kurang. Takkan sudah tua baru ghairah mahu buat yang yang ‘berat-berat’? Takkan orang yang biasa ke hotel Hilton saja atau yang ke Perpustakaan Negara saja yang suka ‘berat-berat’.
Saya suka dua-dua. Kadang-kadang yang ringan-ringan pun ada umphh juga buat penenang keletihan saya. Tetapi biasanya yang berat-berat menjadi pilihan. Sekarang ini saya sedang menghadam “The Interventions” karangan Noam Chomsky, mungkin buku-buku periksa pun boleh kata ‘berat-berat’ juga.
Dilema ‘ringan-ringan’ mahasiswa dengan yang ‘berat-berat’. kah kah kah, dilema yang tidak harus dilema. Otak muda hanya sekali, saratkan ia dengan yang berat-berat!!
p/s: Al-Quran dengan Al-Hadith tidak masuk dalam kategori ‘berat-berat’lah bahiya!! Fathi Aris Omar anda dapat kredit sedikit.
`


