Thursday, February 12, 2009

Al-Ikhwanofobia (I)

Fobia bukanlah teknologi ataupun ideologi, tetapi fobia adalah satu penyakit jiwa disebabkan oleh trauma ataupun satu jenis ketakutan yang melanda orang-orang tertentu. Ketakutan atau fobia ini ada macam-macam jenis dan nama, hydropfobia misalnya mewakili ketakutan kepada air, photofobia pula dikatakan satu jenis ketakutan terhadap sinaran cahaya. Mengikut doktor-doktor psikologi, jenis-jenis fobia ini dihidapi oleh manusia kerana pengalaman traumatik yang berlaku kepada pesakit. Akibat dari pengalaman itu pesakit tidak dapat melupakannya sehingga ia menjadi fenomena pada dirinya di saat pesakit berhadapan dengan situasi pengalaman yang berulang.


Pada awal 80-an atu 90-an satu fobia telah muncul, Islamofobia. Mungkin Salman Rushdie adalah orang yang mula menimbulkan Islamofobia, apabila reaksi terhadap perbuatannya bersifat agak radikal tanpa mendahulukan perbincangan.. Fenomena Islamofobia menjadi penyakit kepada masyarakat, penyakit Islamofobia dihidapi bukan hanya pada individu tapi boleh dikatakan ianya menjangkiti masyarakat. Ketakutan dan trauma kepada perkataan Islam berlaku apabila aktiviti-aktiviti keganasan yang berlaku di dunia dikaitkan dengan nama Islam, walaupun istilah Islamofobia itu diperdebat hangat oleh intelek-intelek dunia. Istilah itu masih diterima pakai dengan takrifan-takrifan yang digunakan oleh mereka yang mempercayai adanya Islamofobia.


Ramai tokoh-tokoh intelektual dan media barat berperanan penting dalam menyebarkan penyakit ini. bagi mereka ini isu-isu hangat di dunia harus dikaitkan dengan agama Islam, keganasan, kebrutalan, dan kemunduran pemikiran semuanya berpunca dari agama Islam, dan diatas isu-isu ini Islamofobia akhirnya dipaksakan masuk ke dalam pemikiran orang-orang barat dan memangsakan orang-orang Islam yang minoriti di barat dan majority di negara-negara mereka. Penyakit Islamofobia mencapai tahap paling teruk sewaktu kejadian 11 September, selepas kejadian itu Islamofobia diubati dengan hegemoni peluasan kuasa barat ke atas negeri-negeri orang Islam. Semuanya dilakukan atas nama mengubati Islamofobia!!


Antara tokoh terkenal yang ditohmah sebagai promoter fobia ini antaranya Daniel Pipes,walaupun beliau seorang yang dikatakan sebagai ‘orang pertengahan’ dalam hal ini. Dari tulisan beliau kita akan dapati Islam yang beliau iktiraf adalah Islam versi Saudi yang menentang sistem masyarakat sivil, boleh juga kita katakan Daniel Pipes adalah seorang penyokong tegar totalitarian. Sebagai seorang yang pro Israel, hal ini adalah satu perkara yang biasa, kerana mengikut Daniel Pipes dan yang seangkatan dengannya, orang Islam yang outspoken menentang kezaliman Zionis-Israel adalah mereka yang dinamakan pengganas, adapun istilah moderat Islam bagi Daniel Pipes adalah layak untuk disyaki, kerana bagi beliau moderat Islam yang ada seperti Yusuf Al-Qardawi adalah moderat Islam yang bertopeng dengan wajah Islamism yang menurut beliau menyembunyikan wajah radikal mereka.(lihat arkib website: www.islamophobia-watch.com)


Daniel Pipes bukanlah berseorangan dalam hal ini, banyak lagi ‘tokoh-tokoh’ barat yang lebih kurang serupa pola pemikirannya dengan beliau, seperti Geert Wilders dan Ayaan Hirsi Ali yang terkenal dengan video ‘tafsir al-quran’ mereka. Kita doakan agar mereka ini terpandu untuk lebih dalam memahami agama Islam(baca: Al-Quran dan Al-Sunnah)


Kita juga tidak boleh menyalahkan mereka secara pukul rata, kerana ulah sebahagian orang-orang Islam juga membantu penyakit ini merebak, keganasan yang dilakukan atas nama Islam, membunuh tahanan dalam penjara, tidak membenarkan wanita Islam memilih suaminya, merogol atas nama agama, dan macam-macam lagi kerja bodoh orang Islam yang menyebabkan agama ini menjadi penyakit bahaya kepada masyarakat. Kerana orang yang mempromosi penyakit ini cenderung mentafsir orang bukan pada bertanya dan perbincangan yang adil dan ikhlas untuk keadilan, kebenaran, dan demokrasi berpendapat. Selalunya dengan persepsi!


Sekarang ini ada fobia baru,fobia ini dihidapi oleh kebanyakan orang-orang kerajaan Mesir dan sebahagian besar masyarakat Mesir. Sama ada orang-orang kerajaan, orang-orang koptik atau polis-polis. Mereka takut kalau Ikhwanul Muslimin akan mengambil alih kuasa di Mesir. Apapun, bagi saya. Wallahu’alam, Ikhwanul Muslimin tidak akan dapat memerintah Mesir. Samada secara demokrasi ataupun pemberontakan. Saya bukan fobia pada Ikhwanul Muslimin, Cuma saya membuat analisis terhadap politik yang ada di Mesir. Natijah yang saya dapatkan ini adalah berdasarkan dari 3 sudut,


1) Sifat Ikhwan itu sendiri,


2) Negara,


3) Rakyat


bersambung.......sambil-sambil fikir...


p/s: Ini cerita politik

4 comments:

thaaqhib said...

erm..x berani nak bukak lama2 kat cc~

fobia?

ZAHID NASER said...

hehe.. fikir-fikir.. tapi ini bukan ismafobia haa.. nanti kita buat tesis fasal fobia yang dikelolakan oleh sdr thaaqib pula..

abulharith said...

ehem.. ehem..

(make sure belajar elak kasut, hang dok kat mesir tu) hehe..

taqeyyabella said...

Dia tak elak pon. Kebal sudah!! Tidak begitu ya ibnannaser!?