Tuesday, December 30, 2008

Demo Bukan Hanya Di Kedutaan Amerika!!!!


satu 'demo' di UK (Disember 08)

Demonstrasi di dalam sebuah negara yang mengamalkan amalan masyarakat sivil adalah perkara biasa. Badan-badan bukan kerajaan atau jabatan kerajaan semuanya mempunyai hak berhimpun dan menyatakan ketidak puasan hati dengan melakukan perhimpunan ahli atau rakyat.


Himpunan atau ‘demo’ atau yang seangkatan dengannya adalah perkara biasa di negara-negara Eropah, Amerika dan Britain. Rakyat mereka bebas melakukan tunjuk perasaan terhadap mana-mana badan tidak kiralah organ kerajaan atau swasta jika ada korupsi, dasar merapik, atau pencabulan hak dilakukan oleh mereka. Dan amalan ini adalah sihat jika dilakukan dengan aman dan tidak menganggu ketenteraman awam.

Demo di Malaysia

Jika ‘demo’ di Mesir sentiasa dikerumuni polis dan mukhabiraat yang disifatkan baltajik oleh Al-Dustur. Malaysia lebih terbuka walaupun masih lagi ketat birokrasi permisi untuk melakukan demo, lebih-lebih lagi jika mahu dilakukan oleh pembangkang.


Mungkin kerajaan merasakan negara Malaysia terlampau ‘aman’ dan ‘tidak boleh dibantah’ walaupun perhimpunan itu aman dan tenteram. Polis-polis atau FRU akan memantau perhimpunan-perhimpunan itu dan tidak kurang juga SB atau Siput Babi mengikut bahasa tahanan-tahanan ISA akan melingkar di dalam kawanan aman tersebut.

Gaza dan Demonstrasi Malaysia

Gaza sedang bergelut dengan Israel. Maka, orang Islam serata dunia yang marah atas pencabulan demokrasi itu, bangkit dengan memorandum, rally, strike, ‘demo’ bagi menunjukkan kemarahan mereka. Hamas sekarang ini sedang berada di dalam keadaan yang getir. Satu cabaran besar bagi mereka kerana tegak dengan prinsip. Semua umat Islam bangkit bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Palestin sebenar itu.


Kedutaan Amerika adalah satu tempat popular untuk melakukan domonstrasi di negara-negara majoriti Islam seperti Malaysia. Setiap kelakuan hodoh badan antarabangsa seperti PBB, kedutaan Amerika juga yang akan jadi tempat pelepas kemarahan.


Benar, betul apa yang dilakukan, tidak salah, Amerika memang bapak kezaliman dan mereka memang bapak syaitan dunia. Memang sepatutnya mereka dikecam dan diberi ajaran dengan kenyataan tidak setuju kita tehadap mereka.

Buatlah, semaraklah….

Lagi Patut

Tapi bagi penulis, lagi patut dan sememangnya mesti. Untuk demo di kedutaan Mesir, lagi patut kita berdemo di kedutaan Syria, lagi patut kita berdemo atau ber’lapar’ di kedutaan Jordan, dan lagi-lagi patut untuk ber‘demo’ di kedutaan Saudi dan semua ahli-ahli Liga Arab.

Pemerintah arab memang lembab. Kita yang di Malaysia harus tahu perkara ini. Baik yang mamlakah, baik yang presidensi, semuanya tidak ada ‘telor’ hatta hanya untuk membuka sempadan bagi membolehkan bantuan kepada Palestin lebih-lebih lagi di Gaza pun Mubarak takut. Mana letaknya ‘telor’ ini saya tidak pasti. Tanyalah mereka atau tanyalah duta-duta mereka di Malaysia.

Penulis yang berada di Mesir sendiri hanya jalani rutin seharian di waktu hari-hari tentera udara Israel mengebom Gaza. Dingin, walaupun kedengaran juga muzaharaat meletus di sana-sini. Pemerintahan lembab Mubarak langsung tidak mengambil langkah bagi meredakan kemarahan rakyatnya. Entah-entah Mubarak sudah disuap Lefni mungkin. Siapa tahu?

Wartawan El-Dustur, dalam liputan Khalid Al-Sarjani semalam telah memecah tembelang Akhbar El-Yaum yang mendakwa bahawa perjumpaan Mubarak dengan Lefni(menteri luar Israel) adalah bagi membuka laluan ke Palestin. Komedik sungguh. Rupa-rupanya ada juga berita sepandir ini. Kejadian itu hanya beberapa jam sahaja sebelum serangan ke atas Gaza. Mungkin perjumpaan itu untuk memberitahu serangan mereka? Mungkin.. dan mungkin..


Saranan

Saya cadang untuk rakyat Malaysia ber’demo’ di kedutaan Mesir, dan negara-negara di bawah liga arab. Mereka ini yang sepatutnya progresif membantu negara saudara dan jiran hanya bergerak seperti kura-kura.

Anda jangan jadi seperti kura-kura itu. Mulakan langkah sekarang, gunakan segala cara untuk meliberat Palestin!!

No comments: