Monday, December 29, 2008

Intifada III dan Mubarak Punya Mesir

Khaleed Mish'aal, tokoh prominen Hamas di luar Palestin

Khalid Mish’aal sudah menyeru rakyat Palestin untuk bangkit bagi meneruskan jihad. Dia menyeru untuk intifada ketiga! Kalau pada tahun 1987 Intifada pertama meletus akibat tembakan Israel ke atas penduduk kem Jabalya di Gaza, tapi kali ini dengan 350 lebih terbunuh selepas tiga hari serangan terhadap bandar tak berautonomi itu. Bakal mengakibatkan Intifada baru di tahun baru merebak lagi.

Intifada mempunyai signifikan tersendiri kepada sejarah Palestin. dengan Intifadalah Israel mula tahu bahawa penduduk Palestin bukanlah penduduk yang bendul kepada perbuatan-perbuatan keji yang dilakukan oleh mereka. Dengan Intifada jugalah penduduk Palestin memberi mesej kepada penduduk dunia “anda sudah tidak malu lagi dengan senang lenang kamu sedang saudara kamu ini bukanlah mengharap wang berjuta atau senjata berkepuk-kepuk, tetapi setapak doa dengan keikhlasan!!”. Apa tidaknya, Intifada menyaksikan jutaan batu kecil, molotov cocktail. Dan lastik-lastik dari tangan kecil dan tua telah dilemparkan pada muka-muka tamak Zionis dan kereta tebal mereka.

Fenomena ini juga telah menunjukkan protes penduduk Palestin kepada Yasser Arafat dan langkah-langkah sumbang Fatah dan PLO lewat pemerintahan mereka. Rentetan itu menyebabkan Arafat mula menunjukkan ‘keberanian’ dan ‘kejantanan’nya dengan menyatakan ketidak puas hatiannya kepada Israel, dan mula berni menyelar mereka. Pendek kata, Intifada mewakili, kesatuan, protes, dan batu-batu kecil yang berani dari tangan kecil dan tua berkedut.

MESIR DAN MUBARAK

Hosni Mubarak yang semakin tua, mungkinkah

selepas ini akan ada 'Dinasti Mubarak'? Doakan agar 'Kefayah' kuat!!


Selain dari menjadi hos utama dalam siri-siri perjanjian damai Israel dan Palestin, boleh dikatakan pemerintah rasmi republik itu tidak ada satu pun usaha bantuan yang praktikal bagi penduduk Palestin. Mubarak yang tidak bertukar ganti walaupun Amerika sudah bertukar 5 generasi pucuk pimpinan tidak mempunyai langsung gaya anak jantan. Atau sekurang-kurangnya menjadi ayam jantan yang punya taji yang tajam.

Sudah ada persepsi di kalangan kita bahawa Mesir mempunyai kekuatan tentera hebat. Saya ragui kenyataan itu dari dulu lagi, sejak dari Mubarak mentadbir Mesir. Janganlah percaya persepsi karut ini. Kerana kekuatan tentera dikarut itu itu sudah hancur melayang bersama terbangnya roh Presiden Anwar Sadat dan Jamal Abdel Nasser, di bawah Mubarak, segala legasi tentera Mesir hanyalah sekadar cerita-cerita saja. Jantannya sudah hilang taji. Semuanya karut dan merepek!!

MUBARAK DAN AL-AZHAR


Universiti yang tidak boleh dinaikkan sepanduk dan kempen-kempen anti Zionis dan anti-Israel di dunia ini antaranya ialah Al-Azhar, pemerintahan yang fobia dengan sejarahnya akan sentiasa inferior dan takut sepanjang hayat mereka. Mubarak adalah antara orang yang terkena wabak ini. Apabila seseorang yang terkena wabak ini kebiasaannya akan bermutasi menjadi seorang kuku-besi, gila kuasa, ‘bodoh’(kerana suka membodohkan), dan angkuh. Jadi, Mubarak yang telah dirasuk wabak ini ada saja cara untuk menekan Al-Azhar supaya menjadi bodoh sepertinya. Walaupun begitu, kita masih lagi bernasib baik kerana mempunyai Facebook sebagai imun untuk tahu siapakah di sebalik muka tua berkedut itu.

Biarlah Al-Azhar rigid, akan tetapi otak manusiawi yang sejahtera tidak akan terikut-ikut dengan kebodohan dan rigiditi yang semakin menular itu. Kerana orang yang bodoh saja cepat terkena jangkitan wabak misteri tersebut. Seperti yang telah terjadi kepada presiden tua yang bernama Hosni Mubarak. Orang yang sepertinya biar masa saja yang member hukuman. Kerana kalau asyik memikirkan fasal Mubarak kita akan menjadi saling tak tumpah dengan beliau. Sebab Mubarak tidak ada masa berfikir tentang Gaza, apa yang dia fikir hanyalah tentang kita dan ke’tidak reti’annya yang mahu disemai di kepala otak kita ‘orang-orang Malaysia’.

NUANSA AKAN DATANG

Kalaulah Intifada akan meletus lagi secara rasmi. Dan Obama akan bertukar empat tahun dari sekarang. Makanya, Intifada di Mesir masih lagi tidak akan berjaya. Sebab waktu itu presiden Mubarak mungkin masih lagi mahu memerintah. Kita mungkin perlu menunggu Obama mati, Clinton mati, Jimmy Carter mati, Bush mati. Barulah kita punya kemungkinan mengadakan Intifada di Mesir. Sebabnya, waktu itu Mubarak dari segi naturalnya akan mengiringi mereka. Cuma tidak tahu destinasinya.

Jika berjaya berlaku Intifada di Mesir, mungkin waktu itu kita sudah tua. Kenapa kalau? Sebabnya presiden Mesir masih lagi tidak dapat dipastikan, apakah sama baltajik sepeti rejim Mubarak atau lebih teruk ataupun mungkin benar-benar baik sebaik Salahuddin Al-Ayyubi.

INTIFADA, SEPANDUK DAN QUNUT.

Qunut sangat sensitif untuk orang Malaysia. Sebab qunut adalah antara fahaman ortodoks yang ada di negara itu. Jika sesiapa yang cuba membantah qunut subuh akan dilabel Wahhabi di Malaysia. Tidak seperti Malaysia, Mesir bukanlah negara yang berfahaman Syafi’i ortodoks. Mesir bebas fahaman mazhab, ada Hanafi, ada Syafi’I ada Hambali, ada yang Maliki. Tapi mereka semua harmoni walaupun sentiasa berdebat. Itu semua kerana ada sikap ‘dalil yang sahih’

Rugi jika anda berfahaman ortodoks seperti itu di Mesir ini. Kerana di sini orang baca Qunut setiap waktu di dalam solat fardhu, bukankah bagus begini, barulah boleh selalu baca doa untuk orang-orang Gaza. Barulah boleh berdoa untuk ‘Intifada’ selalu. Tapi syaratnya jangan jadi ortodoks.

Biarlah tiada sepanduk atau bendera dahsyat-dahsyat. Biarlah doa dan tangisan kita juga pernah menjadi bukti hati kita bersama dengan Gaza dan Palestin. Biarkan malam-malam kita menjadi saksi seorang saudara yang mengambil berat terhadap saudaranya.

No comments: