Fikrah du’at itu memang jauh ke depan, dia mampu berfikir tinggi melangit idea-ideanya kreatif dan praktikal. Namun malang bila du’at sendiri yang membonsaikan fikrahnya. Sepatutnya fikrah itu rendang dan subur jadi tinggi dan mengeluarkan buah dan hasil ranum dan baik. Tapi bila dibonsaikan jadi kecil tak mahu tumbuh besar lagi.
Membonsaikan fikrah mudah. Anda hanya perlu menerima kejahilan. Biarkan kejahilan menghantui dan ketidakjelasan menyelubungi diri anda. Lagi anda hanya perlu menyogokkan ketakutan dalam jiwa. Takut untuk membaca dan memahami. Takut untuk kritis dan berfikir. Takut untuk menganalisa dan dianalisa. Kejahilan bila diterima dengan sempurna, anda tidak akan jadi bebas. Anda hanya seperti seorang soldadu paksaan. Dikerah dan dipaksa untuk menerima kejahilan dan ketidakjelasan. Jadilah soldadu itu pak turut yang tidak jelas fikrahnya. Memang ada fikrah tetapi tidak jelas, bahkan kadang-kadang menyalahi pula prinsip agama dalam praktisnya!
Lebih parah bila ia berlaku dalam amal Islami. Fikrah atau idea yang tidak jitu akan sentiasa diselubungi paranoia yang membimbangkan. Bila ada saja perkara asing yang bertandang terus dilabelkan sebagai musuh. Bila ada perkara pelik bertamu, terus dilabelkan sebagai sesat. Padahal fikrahnya yang memang bonsai!
Pepatah terkenal.
“Manusia itu selalunya menjadi musuh kepada apa yang dia tidak tahu!”
Nah, memang benar, ianya memang sebuah hakikat. Kerana kejahilan lantaran tidak mahu mempelajari dan memahami orang lain serta-merta dia melabel dengan label-label yang sebenarnya menunjukkan kebodohannya sendiri. Sejarah umat Islam memang sudah lama merakamkan hal-hal dan momen-momen seperti itu. Bahkan sampai ke hari ini, disebabkan fikrah yang jumud dan tidak mampu menghadami ilmu dan isu. Lantas kerja-kerjanya hanya dipondasi dari tiang-tiang rapuh yang hanya diteguhkan dengan fikrah-fikrah yang satahiah(surface) saja sifatnya. Tidak detil kerana takut untuk menyelam lebih dalam, atau mungkin sengaja malas nak menyelam lebih dalam.
Tidaklah kita menyalahkan mereka yang disogok dengan kejahilan dan ketidakjelasan walaupun memang ada bahagian kesalahan mereka. Namun mereka yang menyogok itulah yang memang kita kesalkan. Mereka yang menyogok ini adalah dari kalangan jeneral-jeneral, dan direktor-direktor. Layak seperti seorang Adolf Hitler atau Mussolini, mereka meyakinkan umat mereka dengan ketakutan. Mereka tidak mahu rakyat berfikir lebih. Apa yang mereka tahu fikrah mereka harus dilaksanakan walaupun jelas menyalahi prinsip. Dengan kuasa diktatorisme mereka paksakan juga hal yang menyalahi fitrah manusiawi. Dia memaksakan rasis, dia memaksakan perkauman, dia memaksakan autoritarian, dan dia membunuh mereka yang menyalahi ideanya. Dan kemudian mereka memberi justifikasi-justifikasi dari tokoh-tokoh yang mereka rasakan menyebelahi mereka. Bahkan kadang-kadang hanya dengan hawa nafsu mereka merobek tokoh-tokoh itu. Mereka gunakan nama tetapi menyorokkan hal sebenarnya. Kemudian biarkan simpati merajai pendokong-pendokong idea bonsai mereka.
Jadilah mereka itu berfikrah ‘takut’. Takut menghadapi fikrah berlawanan. Takut menghadapi fikrah yang berbeza. Takut menghadapi faham-faham lain. Kerana mereka memang malas dan ego. Merasa diri paling baik, takbur dan sombong dengan kerja-kerja yang mereka lakukan. Dan mereka cuba mencari perlepasan-perlepasan(tabrirat) diri dari kejahilan dan ketidakjelasan mereka sendiri.
2 comments:
minda terpenjara. captive mind.
ni bukan fenomena duat shj malah semua orang.mahasiswa terutamanya. tp lagi menakutkan kalau fikiran semacam ini dimiliki golongan autoriti agama.
habis semua dibrandkan sesat.
dibrandkan tidak islami lg memecahbelahkan ummat.
sedangkan yang fikrah/produk berlabelkn islam itu sendiri pun masih kita perlu persoalkan kesyariatnnya untuk kita jelas dan yakin.
(yusof:108)
Sebab itu dalam ilmu semuanya ada prinsip.
Bahkan syariat juga ada prinsip-prinsipnya, ada maksud-maksudnya.
Tiba-tiba hal ini terbit dalam fikiran, jadi terus terdetik nak mengetik blog.
-----
Yang kasihannya, mereka yang menjadi direktor dan jeneral, jeneral misi-misi pembodohan dan misi penakutan. Menakutkan rakyat, kerana kepentingan sendiri mungkin.
Post a Comment