Sunday, August 29, 2010

Gamitan


Ada malam-malam mulia
sedang menggamit
jadi rabun sukmaku
menangisi malam-malam sepiku
kerna keletihan kerja
menentang tidur yang menggadai
segala janji setia
aku menggalas amanah
tetapi aku penat berlelah
melimpahlah segala maluku
di depan tuhanku, aku lesu

9.01 pm, Cairo

2 comments:

Farid Nazmi said...

Salam
sudah lama menantikan karya baru :)

ZAHID NASER said...

:)

Karya sedih kerana lailatulqadar..
Malam-malam ini ana sibuk, tak dapat nak iktikaf di masjid, hanya berpada di rumah.. Dan beriktikaf waktu kelapangan.. :)