Dunia Diwarnai oleh Orang Idealis
“Idealism is fine, but as it approaches reality, the costs become prohibitive.” -William f Buckley Jr-
Saya tidak tahu bagaimana standard idealisma seorang mahasiswa ataupun mahasiswi Al-Azhar. Apa yang penting orang yang paling idealistik bagi saya adalah Rasulullah s.a.w. Idealisma Rasulullah s.a.w menjangkau pemikiran seorang yang tipikal di zamannya. Quraish tidak pernah terfikir pun barangkali ajaran sihir yang mereka dakwa-dakwa itu sekarang ini sudah dipeluk oleh setengah dunia. Saya tidak fikir Rasululah s.a.w mampu berbuat begitu tanpa idealisma hebat yang ada pada diri beliau.
Orang tohmah saya idealis. Kah kah kah. Itu satu pujian bukan kenyataan retorik. Kah kah kah.
Kenapa suka yang ‘Ringan-Ringan’
Kalau pergi ke Kuala Lumpur, istilah ‘ringan-ringan’ ini biasa pada anak remaja. Ya lah namanya pun remaja. Hormon lelaki makin meningkat. Hormon perempuan pun meningkat. Agama ada. Maka ringan-ringan pun jadilah. Berat-berat ini kita tunggulah dulu.
Sama juga kalau anda pergi ke Bangsar, ringan-ringan juga yang jadi pilihan. Selalunya budak sekolah menengah yang suka bentuk ‘ringan-ringan’. Kalau mahasiswa, tengok dulu. ada golongan suka ‘ringan-ringan’ ada juga yang suka ‘berat-berat’. Golongan yang berat-berat ini di Malaysia mungkin kurang. Takkan sudah tua baru ghairah mahu buat yang yang ‘berat-berat’? Takkan orang yang biasa ke hotel Hilton saja atau yang ke Perpustakaan Negara saja yang suka ‘berat-berat’.
Saya suka dua-dua. Kadang-kadang yang ringan-ringan pun ada umphh juga buat penenang keletihan saya. Tetapi biasanya yang berat-berat menjadi pilihan. Sekarang ini saya sedang menghadam “The Interventions” karangan Noam Chomsky, mungkin buku-buku periksa pun boleh kata ‘berat-berat’ juga.
Dilema ‘ringan-ringan’ mahasiswa dengan yang ‘berat-berat’. kah kah kah, dilema yang tidak harus dilema. Otak muda hanya sekali, saratkan ia dengan yang berat-berat!!
p/s: Al-Quran dengan Al-Hadith tidak masuk dalam kategori ‘berat-berat’lah bahiya!! Fathi Aris Omar anda dapat kredit sedikit.
`
1 comment:
Itulah namanya masyarakat.. mentaliti mundur.. susah nak bincang hal umat.. yang mendapat perhatian,, isu-isu terhangat.. sebab mungkin isu2 ni 'ringan-ringan'. mana taknya, bermodalkan air liur, dengan sedikit 'semangat-semangat' muda.. lalu dilontarkan segala isi-isi kepala mengikut secukup rasa..
Post a Comment