Saturday, January 3, 2009

Resolusi Harus dibuat oleh ISMA,PMRAM,NADI UMNO,ABIM, dan segala BAKAN-DPM!!!


Gaza dibantai kita berdiam..

PMRAM, ISMA, ABIM, AQ, NADI UMNO, dan segala badan-badan pelajar yang ada di Mesir wajib bersatu!! seharusnya isu Palestin harus dilihat dengan lebih luas oleh kita, ketepikan dahulu ideologi-ideologi masing-masing dan kita bersama berkumpul membincangkan isu besar ini. Resolusi harus bersama-sama dibulatkan demi untuk saudara-saudara yang ada di Palestin. Provokasi Maszlee Malik terhadap siswa-siswa yang ada di Mesir lewat blog beliau harus dinilai dan tidak dipandang enteng.

Sebagai NGO yang besar dan berdaftar di bawah Kementerian Jaminan Sosial Mesir, PMRAM harus mula mengorak langkah. PMRAM mempunyai hak untuk melakukan segala cara bagi menunjukkan ketidak setujuan siswa Azhar terhadap apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Gaza. Bukan hanya sekadar meletakkan entri kutukan di dalam laman web. PMRAM harus memikirkan cara praktikal untuk menunjukkan bahawa perbuatan kementerian Mesir untuk terus menutup sempadan Rafah terhadap bantuan yang tiba adalah tidak wajar bagi membantu saudara-saudara kita di Mesir. Jika PMRAM benar-benar memahami konsep masyarakat sivil yang ada dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi PMRAM tidak boleh lambat-lambat bertindak!!.

Saya mencadangkan setiap NGO yang berdaftar di kedutaan melakukan segala cara bagi menunjukkan perasaan kita yang tidak akan sesekali meredai perbuatan Zionis di sebalik hegemoni negara haram Israel. Antara yang kita boleh lakukan ialah menghantar surat atau memorandum kepada kerajaan Mesir, membuat himpunan aman di dataran 'Asyir menyatakan 'tidak setuju' siswa-siswa di Mesir terhadap tindakan kerajaan bertindak tidak mahu membenarkan bantuan diberikan kepada Gaza.

Lebih ekstrim kita boleh saja mengugut untuk mengadakan mogok dan keluar dari Mesir sekaligus melumpuhkan ekonomi Mesir. Seperti yang disaran oleh saudara Maszlee Malik. Segalanya boleh berlaku.. segalanya boleh berlaku.. Kalau lewat.. Entahlah apa yang berlaku.


Zahid Naser
Direktor ITQAAN-CIPTMES




No comments: