Sunday, January 11, 2009

Gembira

Tawa tulen,
dari hati,
ketawa riang,
bukan lakonan,
tetapi dari jiwa murni,

Harmoni alam,
bila gembiranya insan,
rosak dunia,
bila zalim memeran keinsanan,

Kasih sayang,
pemula gembira,
belas kasihan,
benihnya riang,
bukan sebarang,
harus disiram keimanan,
harus digembur ukhuwwah kemuliaan.

Tuhan bergembira,
dengan kasih sayang hamba,
pergaduhan, permusuhan.
duri dendam,
pembunuh kegembiraan,
pemusnah akhirat dan keduniaan.

Zahid Naser
Musim sejuk 2008

2 comments:

NazwA_SaN said...

salam...
aik.. mana plak tuhan bergembira...
alam bleh la bgmbira...
btui dak??
-mak komen-

ZAHID NASER said...

Rasulullah s.a.w bersabda:

"... Allah sangat-sangat bergembira dengan taubat seorang hamba yang menyedari akan kesesatannya dan dia bertaubat atas kesesatannya itu.."
(riwayat Muslim)

kita boleh aja memutlakkan sifat Allah yang bergembira dengan perbuatan baik hambanya, dan gembiranya Allah tidak seperti gembiranya makhluk. Bentuk dan cara-cara Allah bergembira. hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Wallhu'alam